Thursday, December 8, 2016

Perjuangan Kelasi Watan Sewaktu Perang Dunia Ke-Dua



Sewaktu saja menyelidik untuk hari bermulanya serangan Jepun ke Kota Baru sebagai permulaannya Perang Dunia ke-2, terjumpa rencana ini di website TLDM yang sungguh menarik tentang penglibatan anak watan sebagai kelasi di dalam peperangan Perang Dunia ke-2.

Saya pos semula di sini untuk tatapan semua dengan sedikit karangan semula, juga dengan harapan tidak lenyap sekiranya digubah semula website TLDM nanti. 

Dengan ucapan Bismillah!
 
PENUBUHAN PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE

Oleh kerana keadaan politik semasa yang bergolak, bermula dari tahun 1920 hingga 1931 beberapa cadangan telah disarankan oleh pihak Royal Navy dan pegawai-pegawai tempatan supaya ditubuhkan satu pasukan simpanan sukarela tentera laut demi menampung pertahanan perairan Tanah Melayu. Pada tahun 1926 satu skim dikemuka untuk menubuhkan Pasukan Royal Naval Volunteer Reserve (RNVR) bagi seluruh Tanah Melayu, yang menelan belanja sebanyak $260,000.00. Cadangan tersebut tidak dilaksanakan kerana kekurangan wang. Sebagai alternatif, pada bulan Februari 1932 Pemerintah Tertinggi Tentera di Tanah Melayu (GOC Malaya) dengan persetujuan Ketua Tentera Laut (Captain-in-Charge) di Singapura telah mencadangkan Skim Pasukan Royal Naval Volunteer Reserve untuk Negeri-Negeri Selat sahaja. Di antara butir-butir cadangan itu adalah seperti berikut:

1. Buat permulaan pasukan sukarela simpanan ditubuhkan untuk Singapura sahaja dan akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat. Pasukan tersebut dinamakan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Singapura.
2. Bilangan anggotanya terhad kepada 18 pegawai British dan 54 anggota lain-lain pangkat berbangsa Melayu. Bilangan ini kemudian akan diperbesarkan kepada 50 pegawai dan 200 anggota lain-lain pangkat dalam tempoh 4 tahun.
3. Satu unit bagi Pulau Pinang akan ditubuhkan kemudian, iaitu selepas penubuhan unit di Singapura disempurnakan.
4. Kerajaan Negeri-Negeri Selat dikehendaki membeli dua buah kapal kecil untuk latihan, sementara Admiralty London dikehendaki memberikan pinjaman peralatan khas.
5. Admiralty London dikehendaki meminjamkan sebuah sekoci untuk latihan di pelabuhan dan senggaraannya akan ditanggung melalui Colonial Government Local Defence Vote.
6. Pentadbiran pasukan tersebut diletakkan di bawah GOC Malaya dan beliau dikehendaki mendapatkan peruntukan kewangan bagi mengurus, dari Colonial Government Local Defence Vote. Ketua Tentera Laut di Singapura dipertanggungjawabkan dalam pengurusan harian pasukan itu.
7. Jurulatih pasukan terdiri dari seorang Pegawai Royal Navy yang telah bersara dan dua orang Chief Petty Officer (CPO) dari Royal Navy. Dalam cadangan asal, pembangunan pasukan sukarela akan terlaksana dalam tempoh 4 tahun. Tetapi oleh kerana gesaan Ketua Tentera British di negeri China (China Fleet Commander), kesemua perjawatan pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Singapura telah dipenuhkan menjelang tahun 1934. Di antara tahun 1937 dan 1938, Gabenor British telah mencadangkan supaya pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve diperbesarkan umuk merangkumi pertahanan perairan Johor. Seterusnya beliau juga mencadangkan supaya satu pasukan ditempatkan di Pulau Pinang dan satu unit kecil pula ditempatkan di Port Swettenham bagi menjaga perairan Selangor dan Negeri Sembilan. Cadangan pembesaran itu telah mendapat persetujuan semua pihak termasuk kerajaan Negeri-Negeri Melayu yang membantu membiayai pasukan tersebut. Walau bagaimanapun, oleh kerana anomali di dalam Colonial Defence Act 1931, Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve hanya ditempatkan di Negeri-Negeri Selat sahaja, walaupun pada hakikatnya diberi kuasa bergerak di dalam perairan Negeri-negeri Melayu. Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve cawangan Pulau Pinang telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1938. Ia dianggotai oleh 20 orang pegawai dan 100 orang anggota lain-lain pangkat, dan cawangan itu diletakkan di bawah pentadbiran Pegawai Memerintah Straits Settlement Naval Volunteer Reserve di Singapura. 

PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE SINGAPURA

Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) Singapura telah ditubuhkan pada 27hb April 1934.  Pegawai Memerintahnya yang pertama ialah Commander L.A. W. Johnson MVO, RN. Beliau dibantu oleh dua orang jurulatih dari Royal Navy. Seorang jurulatih Melayu, Sergeant Major Adnan bin Raji dari Straits Settlement Volunteer Corps (SSVC) telah dipinjamkan untuk menjadi jurulatih kawad, dengan menyandang pangkat Chief Petty Officer. Sebagaimana yang telah dinyatakan, penubuhan Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve telah dipercepatkan. Semasa anggota-anggota baru diambil, pasukan itu masih belum memiliki kapal sendiri. Justeru itu anggota-anggota baru seramai 25 orang pegawai dan 150 anggota lain-lain pangkat telah ditempatkan di Markas Straits Settlement Volunteer Corps di Beach Road, Singapura. Latihan amali telah dijalankan di atas kapal SS SEA BELLE.

KAPAL-KAPAL STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE SINGAPURA

Pada 18hb Februari 1935 kerajaan British telah bersetuju memberi sebuah kapal yang sedang digunakan oleh Royal New Zealand Navy untuk kegunaan latihan anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve. Kapal itu ialah dari kelas Flower Corvette seberat 2,000 ton dan ditauliahkan dengan nama HMS LABURNUM. la dilengkapi dengan berbagai peralatan yang perlu untuk latihan. Beberapa peralatan HMS LABURNUM telah ditanggal dan ditempatkan di Gudang Nombor 2 di Teluk Ayer Basin untuk kegunaan latihan amali. Di antara peralatan itu ialah penangkis ranjau, meriam three-pounder dan meriam 4.7 inci. HMS LABURNUM akhirnya telah dijadikan markas, pusat latihan, dan pejabat bagi pengurusan anggota-anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Yang dipindahkan dari Markas Straits Settlement Volunteer Corps.

TAMBAHAN KAPAL-KAPAL LATIHAN UNTUK PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE SINGAPURA

Selain dari HMS LABURNUM sebuah kapal kecil yang dinamakan PENYENGAT telah digunakan untuk melatih rekrut dalarn ilmu pelautan dan pelayaran. Pada tahun 1937, dua buah motor launch HMS PANGLIMA dan HMS PAHLAWAN yang berukuran 75 kaki panjang dan mampu bergerak lebih laju dari PENYENGAT telah dimasukkan ke dalam perkhidmatan untuk latihan anggota-anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve, Singapura. Kapal-kapal tersebut telah dibina di Limbungan Thornycroft Singapura. Setelah ditauliahkan oleh Admiralty London, persenjataan kapal-kapal tersebut ditambah, termasuk pemasangan Lewis Gun, kerana ia kemudian digunakan sebagai kapal peronda pesisir pantai. Anak-anak kapalnya terdiri dari pegawai-pegawai dan anggota-anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve, Singapura.

PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE PULAU PINANG

Setelah Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Singapura di HMS LABURNUM berjalan lancar, satu cawangan baru telah ditubuhkan di Pulau Pinang dalam bulan Oktober 1938.11 Cawangan itu berpangkalan di Sungai Gelugor, Pulau Pinang dan diletakkan di bawah pemerintahan Commander Alexander RN, dibantu oleh Sub-Lieutenant Hall RNVR, dan CPO Mohd Rais yang dipinjamkan dari cawangan Singapura. Pada mulanya cawangan tersebut dinamakan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Pulau Pinang. Walau bagaimanapun tidak lama kemudian namanya ditukar kepada Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Pulau Pinang. Kapal HMS PANJI dan Singapura telah dibawa ke Pulau Pinang untuk kegunaan latihan amali anggota-anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve di cawangan itu. Beberapa orang anggota, termasuk jurulatih dari HMS LABURNUM telah ditukarkan ke cawangan Pulau Pinang. Pada tahun 1940 dua buah kapal ronda dan lima buah kapal penyapu ranjau, termasuk HMS TRANG dan HMS JERAM telah ditempatkan di Pulau Pinang. Seorang anggota lain-lain pangkat di cawangan Pulau Pinang yang kemudiannya menjadi terkenal di dalam Pasukan Force 136 ialah Mohd Zain bin Hussain. Beliau ialah seorang anak watan yang pertama menerima tauliah sebagai pegawai Malayan Royal Naval Volunteer Reserve dalam Perang Dunia Kedua, tetapi tauliahnya hanya diterima pada tahun 1946 di Pulau Belakang Mati, Singapura.

KERAHAN TENAGA

Oleh kerana peperangan di Eropah telah meletus, Kerajaan British telah mengambil keputusan menggunakan seberapa ramai tenteranya untuk mempertahankan tanah air mereka. Rakyat tempatan yang telah diberi latihan melalui pasukan simpanan sukarela telah diberi kesempatan memainkan peranan untuk mempertahankan tanah air sendiri. Kapal-kapal dagang yang didaftarkan di United Kingdom atau tanah jajahan British telah diambil alih, diubahsuai dan dilengkapi dengan machine gun, atau alat penyapu ranjau untuk tugas rondaan dan pertahanan perairan Tanah Melayu. Nakhoda dan pegawai-pegawai kapal dagang juga dikerah tenaga. Nakhoda kapal kecil ditauliahkan dalam pangkat Lieutenant dan nakhoda kapal besar diberi pangkat sama ada Lieutenant Commander atau Commander mengikut saiz kapal. 


Bahang  Perang  Dunia   Kedua semakin   dirasai   di Tanah   Melayu   dan Singapura apabila  tentera   Jepun mara menduduki   Indochina.   Pihak   British telah meramalkan bahawa  mereka tidak berupaya mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu sekiranya diserang. Kemungkinan Royal   Navy datang ke Singapura untuk menyelamatkan keadaan tidak boleh diharapkan kerana   peperangan di Eropah lebih besar dan kapal perangnya lebih diperlukan untuk mempertahankan negara mereka sendiri. Pihak   Jepun   menyedari   bahawa   Britain tidak dapat   menempatkan   armadanya   di Singapura   kerana   penglibatan   dalam   perang   di Eropah,   dan dalam masa yang sama Britain   pula menyedari   bahawa   mereka   akan   menghadapi satu tentangan   yang hebat   untuk   mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu. Pada ketika itu Singapura hanya mernpunyai sebuah pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - (SSNVR) yang berpangkalan di HMS LABURNUM di Teluk Ayer Basin, Singapura.Pada 4hb September 1939, anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve telah dikerah tenaga untuk bertugas sepenuh masa. Pada ketika itu kedua-dua cawangan pasukan, iaitu HMS LABURNUM dan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Pulau Pinang telah mempunyai keanggotaan seramai 650 orang pada bulan September 1940 dan 740 orang pada bulan Mac 1941.Kesemua anggota tersebut telah bertugas di beberapa buah kapal kecuali segelintir sahaja yang bertugas di pangkalan. 
 
Walaupun Anggota pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve telah pun dikerah bertugas sepenuh masa, tetapi langkah itu masih tidak dapat menyelesaikan masalah kekurangan anggota. Oleh yang demikian Kerajaan British terpaksa membuat pengambilan anggota-anggota baru yang kesemuanya terdiri daripada belia Melayu. Pasukan itu ditubuhkan pada bulan September 1939 dan dikenali sebagai Royal Navy Malay Section atau nama ringkasnya Royal Malay Navy, atau lebih singkat lagi dikenali sebagai Malay Navy sahaja. Lieutenant Commander H. Vickers RN. ialah seorang pegawai Royal Navy yang dilantik menjadi Pegawai Memerintah Royal Malay Navy yang pertama. 
 

Semasa tentera Jepun mula menyerang negara-negara Asia Timur, pihak British telah mengalami kekurangan anggota pasukan tentera laut dan juga kapal perang untuk mempertahankan perairan Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Hanya ada kira-kira sebanyak 80 buah kapal sahaja yang sempat ditempatkan di Singapura. Kapal-kapal itu terdiri dari kapal dagang yang diubahsuai mengikut kehendak Royal Navy, diperlengkapi dengan meriam berkaliber 3 atau 4 inci, dan Lewis Gun. Kapal-kapal itu dikenali sebagai Armed Merchant Ship yang diambilalih oleh Royal Navy dari syarikat-syarikat perkapalan di Singapura, Sarawak dan Hong Kong. Di antara 18 hingga 20 orang anggota Pasukan Royal Malay Navy bersama anggota Royal Navy ditempatkan di setiap kapal. Walaupun bagaimanapun, hampir 400 orang anggota Royal Malay Navy pada ketika itu masih menetap di pangkalan HMS PELANDOK kerana ketiadaan kapal perang untuk mereka ditugaskan. HMS PELANDOK telah dilengkapi dengan meriam 4 inci, Pom-Pom Gun dan juga Lewis Gun bagi tujuan menangkis serangan pesawat terbang musuh. 

Sungguhpun serangan yang akan dihadapi besar tetapi anggota-anggota Pasukan Royal Malay Navy tetap cekal untuk menghadapinya. Mereka menyedari bahawa senjata yang dibekalkan tidak dapat menghalang kemaraan musuh.  Pada pertengahan tahun 1940, pihak Admiralty London telah menambah bilangan anggota Pasukan Royal Malay Navy. Sehingga akhir tahun 1940 anggota Royal Malay Navy berjumlah seramai 800 orang. Penambahan anggota pasukan ialah sebagai persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua yang sedang melanda negara-negara Asia. Di samping itu Royal Navy juga sedang menghadapi kekurangan anggota di pangkalan tentera lautnya di Singapura.

Pengambilan rekrut baru pada akhir tahun 1941 telah meningkatkan kekuatan pasukan Royal Malay Navy kepada 1415 orang. Kebanyakan rekrut yang diambil hanya diberi latihan secara singkat sahaja. Malah ada di antara mereka terus ditugaskan berkhidmat di kapal Royal Navy dan Armed Merchant Ship tanpa menjalani latihan sama sekali kerana menghadapi suasana perang.
Sebelum Perang Dunia Kedua melanda Tanah Melayu, jumlah anggota Royal Malay Navy yang berkhidmat sepenuh masa dianggarkan seramai 800 orang, kerana ada yang telah tamat kontrak perkhidmatan sebelum perang tiba.




PENGGUNAAN KAPAL DAGANG

Oleh kerana kekurangan  kapal perang bagi menghadapi  tentera laut Jepun,  pada tahun  1935 Kerajaan British telah merancang  untuk mengambilalih  dan mengubahsuai kapal-kapal   dagang milik syarikat-syarikat perkapalan   di Tanah   Melayu,   Singapura dan   Hong   Kong,   untuk   digunakan oleh Royal Navy sebagai sebahagian daripada armadanya.   Rancangan   tersebut   telah diwartakan pada 4hb September 1939 sebagai Authority   for   Shipping,   iaitu   hasil   dari   kerjasama Admiralty dan Kementerian Pengangkutan Perang di London.
Kapal-kapal   yang beratnya   melebihi 3000 ton hanya dapat diambilalih   pada akhir tabun   1940 dan kemudian   ditauliahkan     ke dalam   armada   Royal Navy sebagai   His Majesty Ship (HMS). Kesemua   kapal yang diambilalih   telah mengibarkan bendera Royal Navy dan dilengkapi dengan beberapa buah meriam, Lewis Gun, Depth Charges dan ranjau.   Sehingga akhir tahun 1941 kira-kira sebanyak 51 buah kapal telah diambilalih sepenuhnya  oleh pihak  British.

Di antara kapal  yang mula-mula  sekali diambilalih oleh Royal Navy pada 28 Ogos 1939 ialah HMS KAMPAR. Sebulan kemudian lebih banyak lagi kapal dari Syarikat Straits Steamship seperti HMS CIRCE, HMS MEDUSA, HMS PANGKOR, HMS TAPAH  dan HMS JERAM telah diambilalih. Sementara HMS KUALA, HMS GEMAS, HMS KEDAH, HMS MELAKA, HMS JERANTUT, HMS TUNG SONG, HMS RAHMAN, HMS TRANG dan HMS HUA TONG telah diambilalih pada akhir tahun 1939. Pegawai-pegawai dan anak-anak   kapal   yang diambilalih   terus diserap sebagai anggota Royal  Naval Reserve (RNR) setelah menandatangani perjanjian T124X.

Berikut  ialah  armada  kapal-kapal  dari  Syarikat  Straits Steamship  (1940):

KEDAH                      2499   ton                  KAMPAR                    971     ton
KAJANG                     2082   Ion                  KUALA                       954     ton
KAMUNING               2076   ton                  LIPIS                          914     ton
DARVIL                   1929   ton                  LARUT                       894     ton
MARUDU                   /9/9     ton                  KRIAN                        857     Ion
KEPONG                   /874    ton                  MEDUSA                   793     ton
KUDAT                       /725    ton                  CIRCE                       778     Ion
MATANG                    1463   ton                  TUNG SONG           549     ton
KATONG                    146/    ton                  RHU                           264     ton
KLANG                       ]451    ton                  RELAU                       223     ton
IPOH                          1279   ton                  JERANTUT               217     ton
PANGKOR                1250   ton                  RASA                          217     ton
KINTA                        1220   ton                  RlMAU                        214     ton
PERAI                       1188   ton                  AMPANG                  213     ton
RAUB                        1159   ton                  MELAKA                     210     ton
PAHANG                    136    ton                  JERAM                       210     ton
KELANTAN               106    ton                  TAPAH                       208     ton
RAHMAN                   206     ton                  JARAK                        208     ton
TRANG                      205     ton                  GEMAS                      207     ton
RAWANG                   198     ton                  KLIAS                        207     ton
PANDAl                      166     ton                  RANTAU                    197     ton
SUBOK                      148     ton                  ROMPIN                    189     ton
RIMBA                        139     ton                  RENGAM                   185     ton
JITRA                        122     ton                  PETANG                    168     ton
INTAN                        117     ton                  BRUNEI                     101     ton

Kapal-kapal tersebut telah dilengkapi dengan meriam 4 inci di bahagian hadapan (Forecastle) dan belakang  (Aft), sementara  di kiri dan kanan anjungan (Bridge) dipasang dengan Lewis Gun untuk menangkis  serangan  pesawat terbang.

PENGLlBATAN PASUKAN MALAY NAVY DAN MALAYAN ROYAL NAVAL VOLUNTEER RESERVE DALAM PERANG
 
Anggota-anggota Pasukan Malay Navy dan Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve telah ditugaskan di kapal-kapal perang Royal Navy dan kapal-kapal Armed Merchant Ship untuk meronda dan memasang ranjau di perairan Tanah Melayu dan Singapura. Di samping itu kapal-kapal Armed Merchant Ship terus menjalankan tugas perdagangan dalam aktiviti mengangkut barangan ke pelabuhan-pelabuhan di Tanah Melayu.

Pada akhir tahun 1941 rondaan serta latihan seringkali diadakan di sekitar perairan Tanah Melayu dan Singapura hingga melewati Utara Borneo dan Sarawak. Oleh kerana kekurangan kapal perang, tidak semua anggota-anggota Malay Navy dapat ditempatkan di kapal. Anggota-anggota yang tidak bertugas di kapal diarahkan bertugas di pangkaIan HMS PELANDOK.

KEBERANIAN ANAK MELAYU

Selain dari anggota-anggota Pasukan Malay Navy, pemuda-pemuda Melayu dari Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve juga sama berkhidmat di Armed Merchant Ship. Adalah berkemungkinan besar bahawa Armed Merchant Ship yang pertama diserang oleh tentera udara Jepun pada 13hb Disember 1941 ialah HMS LIPIS, iaitu semasa dalam pelayaran dari Kuching ke Singapura. Nakhodanya ialah Captain O.G. Jones, RNR. Seramai tiga orang anak-anak kapal telah terkorban dan 14 orang lagi luka parah.

Pada 30hb Disember 1941, HMS KUDAT pula telah diserang ketika berada di Selat Kelang berhampiran Pelabuhan Swettenham. Ia merupakan kapal Armed Merchant Ship yang pertama ditenggelamkan oleh Jepun. Ada empat orang anggota Malay Navy berkhidmat di kapal itu. Seorang daripadanya ialah Able Seaman Abdul Kadir bin Said yang telah menangkis serangan pesawat Jepun dengan menggunakan Lewis Gun. Beliau mengalami kecederaan semasa kapal terbakar, tetapi sempat terjun ke laut sebelum ia tenggelam dan berenang menyelamatkan diri ke darat.

Ramai anak-anak kapal HMS KUDAT telah terkorban, sementara yang terselamat mengalami kecederaan. Able Seaman Abdul Kadir bin Said telah dimasukkan ke Hospital Daerah Kelang dan beberapa hari kemudian dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Keberanian dan semangat Able Seaman Abelul Kadir bin Said diperakui oleh Kerajaan British dan beliau telah dianugerahi Pingat Distinguished Service Medal (DSM) pada tabun 1947. Beliau ialah anak Melayu yang pertama di dalarn tentera laut yang menerima penganugerahan dari Kerajaan British.

Sebuah lagi Armed Merchant Ship, iaitu HMS LARUT telah diserang pesawat Jepun berhampiran Pulau Sabang pada 20hb Januari 1942. Nakhodanya pada ketika itu ialah Captain C. E. Cleaver RNR. Dalam serangan itu HMS LARUT telah dimusnahkan dengan mudah dalam beberapa minit sahaja dan akhirnya karam ke dasar laut bersama beberapa orang anak kapalnya. Hanya 10 orang sahaja yang berjaya menyelamatkan diri berenang kira-kira tiga batu ke darat, termasuk dua orang anggota Pasukan Malay Navy, iaitu Able Seaman Syed Abdullah bin Syed Alwee dan Able Telegraphist Ahmad bin Vaity. Semasa kapal diserang mereka cuba menangkis pesawat musuh dengan menggunakan Lewis Gun tetapi gagal mengenai sasarannya. "diceritakan oleh Tuan Syed Abdullah bin Syed Alwi, beralamat di No. 12 Lorong Dua, Jalan Sentosa, Taman Dato Onn, Johor Bahru".

Setelah berada di Pulau Sabang selama hampir tiga minggu, akhirnya anggota-anggota Pasukan Malay Navy dan Royal Navy yang terselamat telah dipindahkan ke sebuah markas Tentera Belanda di Kota Raja Pada masa itu HMS PANGKOR yang diperintah oleh Captain T. Sutherland RNR, telah sedia berada di sana. Ada seramai tujuh orang anggota Pasukan Malay Navy, terrnasuk seorang anggota Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve bernama Able Seaman Johari bin Mohd Amin sedang berkhidmat di kapal itu. Misi HMS PANGKOR ialah membawa beratus-ratus orang anggota tentera dan penumpang awam berundur dari Singapura ke Colombo. Kapal itu selamat tiba di destinasinya pada akhir bulan Januari 1942.

Salah sebuah kapal yang paling digemari oleh anggota-anggota Pasukan Malay Navy ialah HMS VYNER BROOKE, kerana kebanyakan pelatih telah menjalani latihan di kapal itu. Dalam pelayaran latihan kapal ini sering belayar berulang-alik dari Kuching ke Singapura. Nakhoda HMS VYNER BROOKE ialah Captain R. E. Borton RNR. Kali terakhir kapal meninggalkan Singapura ialah pada malam 12hb Februari 1942 membawa 64 orang jururawat Australia dan 128 orang anggota tentera yang berundur. Seramai 20 orang anggota Pasukan Malay Navy adalah di antara anak-anak kapalnya, 

Pada pagi Sabtu 14hb Februari 1942, ketika sedang belayar memasuki Selat Bangka, kapal itu dibom bertubi-tubi oleh sembilan buah pesawat tentera Jepun sehingga anak-anak kapal tidak berpeluang sama sekali hendak menyerang balas. Kapal telah mengalami kerosakan teruk dan terbakar menyebabkan ramai penumpangnya terkorban. Captain Borton dapat menyelamatkan diri ke rumah api Muntok di Pulau Bangka setelah terapung-apung di air selama 18 jam."

Dalam peristiwa sedih HMS VYNER BROOKE itu, semua anggota Pasukan Malay Navy terkorban kecuali Leading Seaman Abdul Samad bin Ali. Walaupun Leading Seaman Samad mengalami kecederaan akibat terbakar tetapi beliau berjaya menyelamatkan ramai jururawat Australia sehingga tiba ke pantai Muntok di Pulau Bangka. Kira-kira 22 orang jururawat telah terselamat dalam peristiwa tersebut. Dua hari kemudian satu pasukan tentera darat Jepun telah mendarat di pantai Muntok. Semua rakyat Australia dan British yang terselamat telah diperintahkan oleh tentera Jepun berbaris di gigi air di Pantai Muntok dan ditembak hingga mati.

Walau bagaimanapun seorang jururawat bernama Sister Vivien Bullwinkle hanya mengalami kecederaan ringan dan terselamat dari pembunuhan itu. Kekejaman Jepun itu tidak boleh dilupakan oleh Leading Seaman Abdul Samad. Beliau telah dibawa ke Pulau Bangka dan kemudian ke Belawan untuk dijadikan buruh paksa bersama tawanan perang yang lain. Pada bulan April 1943, beliau telah dibebaskan dan pulang ke Tanah Melayu dengan menumpang sebuah bot.

Peristiwa Leading Seaman Abdul Samad menyelamatkan jururawat Australia itu tidak mendapat sebarang penghargaan dari pihak British mahupun Australia. Malah di dalam buku berjudul Home Port Singapore," tidak ada disebut nama Leading Seaman Abdul Samad yang menyelamatkan Sister Bullwinkle. Buku itu juga tidak mencatatkan penglibatan Malay Navy atau kehadiran anggotanya di HMS VYNER BROOKE semasa diserang Jepun, sungguhpun pada hakikatnya anggota-anggota Pasukan Malay Navy telah terkorban semasa bertugas di kapal tersebut. Ada kemungkinan anggota-anggota yang terkorban itu diperakui sebagai sebahagian dari anggora-anggota Royal Navy.

Dalam peristiwa lain, sebuah lagi kapal perang British, HMS SYLVIA telah di serang oleh beberapa buah pesawat terbang Jepun semasa meronda perairan Mersing, Johor. Dalam serangan bertubi-tubi itu seorang anak kapal, Able Seaman Hamidon bin Talib telah terkena tembakan dan mendapat luka parah di bahu dan lengan kanan. Dua orang rakannya telah terkorban tetapi kapal tidak dapat ditenggelamkan oleh Jepun. Sebuah dari pesawat terbang yang menyerang telah ditembak jatuh oleh anggota kapal. Dalam keadaan cedera parah Able Seaman Hamidon telah diheret ke dalam bilik jentera untuk diberi rawatan segera oleh seorang rakannya. Setelah suasana reda beliau dihantar ke Hospital Mersing dan kemudian ke Hospital Besar Johor Bahru untuk rawatan selanjutnya.

Peristiwa HMS SURVEYOR diserang pula telah diceritakan oleh Able Seaman Manaf bin Basir. Seramai lima orang anggota Pasukan Malay Navy termasuk Able Seaman Manaf berkhidmat di kapal tersebut. HMS SURVEYOR diserang tetapi anggota kapal tidak dapat menangkis serangan kerana kekurangan senjata. HMS SURVEYOR mengalami kerosakan pada alat radar dan enjin, di samping kebakaran di beberapa bahagian kapal. Ramai anak-anak kapal, termasuk anggota Pasukan Malay Navy cedera dan terkorban dalam peristiwa tersebut. Di antara mereka yang terkorban ialah Petty Officer Adam, Able Seaman Osman dan Able Seaman Hashim. Sernentara yang tercedera ialah Able Seaman Hamudin dan Able Seaman Manaf bin Basir.

Dalam peperangan di laut banyak Armed Merchant Ship telah karam atau mengalami kerosakan kerana serangan bom pesawat terbang Jepun. Di antara kapal-kapal yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun ialah HMS JITRA. HMS lNTAN. HMS PANDAI. HMS PETALING, HMS RENGAM, HMS RIMBA dan HMS RIMAU. Dua buah kapal dari Syarikat Straits Steamship, HMS RAUB dan HMS LARUT yang telah diubahsuai semula untuk dijadikan kapal penangkis ranjau juga diserang oleh pesawat Jepun. HMS RAUB diserang pada 20hb Januari 1942 di Belawan. sementara HMS LARUT dibom hingga karam sewaktu berada di Pulau Sabang.

Satu peristiwa telah diceritakan oleh Sheikh Hussin bin Sheikh Ali, seorang anggota Pasukan Malay Navy yang bertugas di HMS KELANA yang diperintah Oleh Lieutenant C. J. Windsor RNR. Semasa meronda di kawasan Endau, Pahang pada 8hb Disember 1941 (hari pertama Singapura dan Selatan Johor dibom oleh tentera Jepun), kapal beliau turut dibom dan tenggelam di Sungai Endau, di mana tiga orang rakannya terkorban. Sheikh Hussin telah berenang ke darat walaupun terkena tembakan di betis dan punggung. Beliau dirawat di Hospital Besar Johor Bahru dan kemudian di Hospital Besar Singapura. Secara kebetulan beliau bertemu isteri Lieutenant Windsor di sana. Tentera Jepun di Singapura amat pantas. Lieutenant Windsor bersama isterinya tidak sempat berundur dari Singapura dengan kumpulan yang lain. Mereka terpaksa membeli sebuah bot layar yang dilengkapi dengan jentera kecil.

Sebelum Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15hb Februari 1942, Lieutenant Windsor. isteri, dan seorang sahabat mereka (berpangkat Lieutenant RNR), bersama tukang masak berlepas dari Singapura menuju ke arah barat Ceylon dan juga mencari tempat Sheikh Hussin, yang telah  selamat untuk  berlindung di Sumatra. Dari situ mereka menaiki kenderaan tentera Belanda menuju ke Padang , di Sumatra Barat untuk bertemu pasukan tentera British lain yang sedang berundur. Sheikh Hussin berpisah dengan Lieutenant Windsor di sana, setelah beliau bertemu dengan pasukan tentera yang berundur tadi .

Sheikh Hussin kemudian bertemu dengan Kapten Tengku Mahmud Mahyuddin dan Encik Jamaluddin, kedua-duanya anggota Pasukan Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), dan Encik Rahmat Haji Salleh, seorang anggota Pasukan Malay Navy. Mereka sama-sama rnenaiki kapal HMS TENEDOS dan belayar ke Lautan Hindi, kemudian bertukar ke kapal HMS HOBART menuju Colombo dan tiba di pertengahan bulan Mac 1942.

BERUNDUR DARI KEHANCURAN 

Kerajaan British telah membuat rancangan kontinjensi untuk berundur sekiranya keadaan pertahanan Royal Navy di Singapura tenyata dapat dipatahkan oleh Jepun. Kesemua kapal dirancang berundur ke Sumatra dan kemudian ke Betawi di Pulau Jawa. Pergerakan pertama bermula sebaik sahaja Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

Pada 27hb Januari 1942 semua anggota tentera British dan Australia yang masih berada di Johor Bahru telah diarahkan berundur ke Singapura untuk bertahan habis- habisan, kerana beberapa daerah di Negeri Johor sudah pun ditawan oleh tentera Jepun. Pada 8hb Februari 1942 Singapura mula diserang dari udara oleh tentera Jepun, yang mana Pangkalan Royal Navy di Sembawang telah menjadi sasaran utama. Turut menjadi sasaran ialah HMS PELANDOK yang terletak berhampiran dengan Naval Base. Anggota-anggota Malay Navy telah mempertahankan HMS PELANDOK dengan menggunakan meriam penangkis pesawat terbang, tetapi tiada sebuah pun yang dapat dimusnahkan.

Pada 11hb Februari 1942 sekali lagi Naval Base dan HMS PELANDOK menjadi sasaran serangan udara tentera Jepun. Serangan kali kedua itu telah memusnahkan HMS PELANDOK dan ramai anggota Malay Navy cedera parah dan terkorban.

Oleh kerana HMS PELANDOK musnah, anggota-anggota Pasukan Malay Navy diarahkan berpindah untuk berlindung buat sementara waktu di dalam gerabak- gerabak keretapi yang kosong. Dua hari kemudian mereka berpindah ke HMS LABURNUM, iaitu sebuah pangkalan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve di Telok Ayer Basin, di mana seramai 300 orang anggota Pasukan Malay Navy dikumpulkan semula. Semasa berada di san mereka telah diserang sekali lagi yang mengakibatkan ramai terkorban dan cedera. Semasa diserang mereka terpaksa berlindung di kawasan sekitar pangkalan tanpa dapat membuat serangan balas.

Pada malam 14hb Februari 1942, semua anggota Pasukan Malay Navy telah diberi taklimat oleh Lieutenant Commander Vickers. Tentera British mengaku bahawa mereka tidak dapat bertahan lebih lama lagi dan lambat laun Singapura akan jatuh ke tangan Jepun. Pada malam itu juga tentera Jepun telah mengebom sekitar Changi, Pasir Panjang dan Sembawang. Lieutenant Commander Vickers memberikan pilihan sama ada anggota-anggota Pasukan Malay Navy hendak terus tinggal di Singapura di bawah perintah tentera Jepun ataupun berundur dari Singapura bersama anggota tentera British.

Seperti yang diceritakan oleh beberapa orang anggota Pasukan Malay Navy, di antara 60 orang yang hadir dalam taklimat itu, hampir separuh memilih untuk terus tinggal di Singapura, sementara yang lainnya memilih ikut berundur menaiki beberapa buah kapal yang telah disediakan. Kapal-kapal itu meninggalkan Singapura hanya beberapa jam sahaja sebelum ia jatuh ke tangan tentera Jepun. Sungguh pun tujuan berundur ialah untuk menyelamatkan diri tetapi tidak semua selamat tiba di destinasi mereka, sama ada di Betawi atau Colombo.

Anggota-anggota Pasukan Malay Navy yang berundur bersama tentera British pada malam 14hb Februari 1942 juga tidak terselamat dari padah serangan tentera Jepun. Kebanyakan dari mereka telah diserang ketika kapal berada di Sabang dan di Tanjung Periok.

Kebanyakan kapal telah meninggalkan Singapura dalam bulan Disember 1941, apabila pesawat terbang Jepun mula menyerang. Kumpulan kapal yang pertama diserang ialah HMS TRANG, HMS LIPIS, HMS KUALA, HMS JARAK, HMS REDANG dan HMS VYNER BROOKE. Kapal-kapal itu terus diserang semasa melalui Selat Singapura. Serangan yang paling hebat berlaku pada 14hb Februari 1942, di mana sebanyak 11 buah kapal Royal Navy telah musnah dan tengggelam.
 
LIEUTENANT COMMANDER H. VICKERS TERKORBAN

Di antara peristiwa sedih yang telah diceritakan oleh beberapa orang anggota Pasukan Malay Navy ialah mengenai nasib Lieutenant Commander Vickers. Beliau adalah di antara pegawai Royal Navy yang terakhir meninggalkan Singapura. Mengikut cerita Encik Idris bin Md Yunus, pada 12hb Februari 1942 beliau telah menaiki HMS SlANG WHO untuk berundur ke Australia bersama-sama dengan Lieutenant Spillman. Semasa dalam pelayaran menuju ke Pulau Bangka pada 14hb Februari 1942, HMS SIANG WHO telah dibom dan mengalami kerosakan. Anggota-anggota Pasukan Malay Navy telah menanggalkan pakaian seragam dan menyembunyikan senjata mereka. Di sebelah malamnya Polis Marin Belanda telah membawa semua penumpang-penumpang dari kapal ke darat untuk berlindung. Anggota-anggota tentera British telah diberi perlindungan di dalam hospital. Pada keesokan harinya tentera Jepun telah mendarat di Pulau Bangka dan memerintahkan semua anggota tentera British keluar dari hospital untuk berbaris di tengah panas sepanjang hari.

Nasib anggota-anggota Pasukan Malay Navy agak baik. Mereka telah beberapa kali didatangi oleh seorang pegawai tentera darat Jepun berpangkat Kapten bersama beberapa orang askar untuk merisik mengenai tentera British. Able Seaman ldris bin Mohd Yunus, seorang anggota Pasukan Malay Navy dan rakan-rakannya turut tertangkap dan dijadikan buruh paksa.

Able Seaman Idris ada temampak Lieutenant Spillman dipaksa oleh tentera Jepun mengandar air bersama-sama anggota-anggota tentera British yang ditawan. Walau bagaimanapun Lieutenant Commander Vickers, iaitu Pegawai Memerintah mereka tidak kelihatan di mana-mana. Selepas dua hari dalam tawanan, Able Seaman ldris dan rakan-rakannya telah dibebaskan oleh tentera Jepun dan mereka menrantau ke kampong yang berhampiran lalu terus menetap di sana. Semasa di kampung itulah beliau diberitahu oleh penduduk-penduduk di situ yang Lieutenant Commander Vickers telah kelihatan mati di dalam semak belukar berhampiran kampong itu.
  
TAWANAN PERANG

Sebaik sahaja Jepun dapat menawan Singapura, satu perintah telah dikeluarkan oleh Markas Tentera Jepun mengarahkan supaya semua bekas tentera yang ada di Tanah Melayu dan Singapura melaporkan diri ke markas tersebut untuk dihantar balik ke kampong masing-masing. Tetapi malangnya mereka yang melapor telah tertipu oleh dakyah tentera Jepun. Kebanyakan dari mereka telah dipenjara dan kemudiannya dijadikan buruh paksa di Siam, Burma atau Indonesia. Kira-kira seramai 25 orang anggota Pasukan Malay Navy yang masih berpakaian seragam Royal Navy telah dibunuh oleh tentera Jepun di Tanjung Pagar.

Ketika Perang Dunia Kedua meletus di Tanah Melayu, Able Seaman Yahaya bin Mohamad sedang berkhidmat di atas kapal HMS RAUB yang ditugaskan meronda perairan antara Belawan dan Sabang. Pada suatu hari kapal tersebut telah dibom oleh pesawat terbang Jepun dan terus tenggelam berhampiran jeti di Belawan. Dalam peristiwa itu Able Seaman Yahaya telah mengalami kecederaan parah di dalam telinga sehingga berdarah. Beliau dihantar ke Hospital Medan oleh tentera Belanda dalam keadaan tidak sedarkan diri. Selepas sebulan berada di hospital, Able Seaman Yahaya telah dibenarkan keluar dan ditempatkan bekerja di Pejabat Konsul British di Medan.

Tidak berapa lama kernudian tentera Jepun mendarat di Sumatra. Able Seaman Yahaya bersama-sama rakannya Abdullah bin Haji Baharin, Kamaruddin bin Dieu, Ibrahim bin Ahmad, Salehuddin bin Mohd Radzi dan Mohd Hashim bin Busu telah ditawan. Mereka dijadikan tawanan perang dan ditempatkan di sebuah kem yang merupakan bekas Rumah Sakit Otak Glugur berhampiran bandar Medan.

Able Seaman Yahaya dan rakan-rakannya dapat balik ke Pulau Pinang menaiki sebuah tongkang dengan pertolongan seorang India Muslim yang berniaga di antara Medan dan Pulau Pinang. Selepas tiga hari pelayaran mereka tiba di Pantai Sungai Glugur, Pulau Pinang tetapi ditangkap dan hampir dipenggal kepala mereka oleh askar Jepun kerana mendarat tanpa kebenaran. Mereka terselamat kerana dapat menunjukkan sekeping surat dalam tulisan Jepun yang menyatakan mereka telah dibebaskan dari kem tahanan perang Glugur, di Medan. Mereka kemudian diarah melaporkan diri di Pelabuhan Swettenham untuk bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji sebanyak 50sen sehari. Oleh kerana mereka tidak sanggup lagi menahan penderitaan dan kesihatan mereka yang semakin terganggu akibat kurang makanan berkhasiat selama setahun di kem tahanan, mereka melarikan diri dan bersembunyi di kampong berdekatan.

KAPAL KAPAL YANG TERSELAMAT

Kebanyakan dan kapal yang terselamat telah diarahkan pergi ke Colombo. HMS KELANTAN di bawah perintah Captain H. W. Richardson RNR, merupakan kapal yang pertama berjaya meninggalkan perairan Tanah Melayu pada 13hb Disember 1941. Turut serta diatas kapal itu ialah seorang anggota Malay Navy iaitu Leading Seaman Ismail bin Hassan. Semasa berada di perairan Indonesia dekat Pulau Aruah, HMS KELANTAN telah diserang oleh dua buah pesawat terbang Jepun. Seorang anak kapal telah terkorban dalam serangan itu, tetapi kapal hanya mengalami kerosakan kecil dan dapat diperbaiki semula oleh anak-anak kapal. Keesokan harinya tentera Jepun rnenyerang HMS KELANTAN sekali lagi, tetapi kapal berjaya menyelamatkan diri dan terus belayar ke Colombo.

Walaupun banyak kapal yang musnah oleh serangan Jepun tetapi sebanyak 21 buah kapal telah terselamat. Di antaranya termasuk HMS CIRCE, HMS MEDUSA. KAJANG. HMS KELANG, HMS PERAK, HMS MATANG, HMS PAHANG, HMS HONG KENG, HMS HONG PENG, dan HMS HONG SIANG. Beberapa buah kapal, iaitu HMS KEDAH, HMS KINTA, HMS CIRCE dan HMS MEDUSA telah dikekalkan tauliahnya di dalam Royal Navy hingga selepas perang.
 
KAPAL-KAPAL YANG MUSNAH.

Kapal Armed Merchant Ship dari Syarikat Straits Steamship yang musnah dari tahun 1941 hingga 1945 ialah HMS AMPANG, HMS BRUNEI, HMS GEMAS, HMS INTAN, HMS IPOH, HMS JARAK, HMS JERAM, HMS JERANTUT, HMS JITRA, HMS KAMPAR, HMS KEMUNING, HMS KATONG, HMS KLIAS, HMS KUALA, HMS KUDAT, HMS LARUT. HMS LIPIS, HMS MELAKA, HMS PAHANG, HMS KINTA, HMS PANDAI, HMS PETALING, HMS RAHMAN, HMS RAUB, HMS RAWANG, HMS RIMBA, HMS RENGAM, HMS ROMPlN, HMS SUBOK dan HMS TRANG.

Syarikat Sarawak Steamship pula telah kehilangan sebanyak enam buah kapal,iaitu HMS ANGBY. HMS GLADYS, HMS KIM CHIN SENG, HMS MARGARET, HMS RAJANG dan HMS VYNER BROOKE.

Kapal-kapal seperti HMS RANTAU, HMS RASA, HMS RELAU, HMS RIMAU dan HMS TAPAH telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun tetapi diambilalih semula selepas perang tamat pada tahun 1945.

Selain dari kemusnahan Armed Merchant Ship itu, pihak British juga mengalami kerugian besar kerana kehilangan kapal-kapal perang yang musnah akibat serangan pesawat terbang Jepun. Peristiwa penenggelaman HMS PRINCE OF WALES dan HMS REPULSE telah benar-benar menjejaskan imej Royal Navy yang mengaku unggul dan tidak boleh dikalahkan.
 

Dikarang semula daripada rencana -rencana yang berikut di website Tentera Laut Diraja Malaysia:

PENUBUHAN PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE
PENUBUHAN PANGKALAN ROYAL NAVY DI SINGAPURA
PENUBUHAN ROYAL NAVY MALAY SECTION
PENGLIBATAN ANAK MELAYU DALAM PERANG DUNIA KEDUA 

Rencana-rencana saya yang berkaitan adalah seperti berikut :

THE MALAY NAVY IN WORLD WAR II 
Malay Navy In WWII - Casualty Roll 

Senarai terlengkap tentang kapal-kapal terlibat ==> LIST OF SHIPS INVOLVED IN SE ASIA 


Thursday, November 3, 2016

LMS Baru adalah dari PR China

Diambil terus daripada twitter PTL akan perkembangan perolehan Littoral Mission Ships daripada PR China.



Ini pula gambaran LMS yang akan dibina 2 buah di sana dan dua buah di sini


Dikatakan kelas kapal ini dibina berdasarkan kelas yang telah dibina oleh Wuchang Shipyard berdasarkan korvet Type 056 PLAN yang paling banyak dibina dalam armada moden mereka.

Butiran mengenai kapal yang seangkatan itu di ==> sini

Saya anggap ini perkembangan yang baik kerana limbungan ini mempunyai kepakaran membina kapalselam dan kapal pemburu ranjau, dua cabang ilmu kapal laut yang bakal menjadi sebahagian misi kapal2 LMS ini berdasarkan konsep 'fit to mission'.

Dibawah ini adalah kenyataan akhbar rasmi Menteri Pertahanan akan perolehan ini.



Wednesday, April 27, 2016

Selamat HUT ke 82 TLDM



Sempena HUT TLDM yang ke 82 hari ini, saya sahaja ingin berkongsi dua rencana berkaitan TLDM yang disiarkan bersempena HUT ini.

Yang pertama ialah " Selepas 82 Tahun, TLDM bertaraf dunia" daripada BERNAMA yang menulis tentang perutusan Panglima TLDM.
H
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1239156

Kedua ialah artikel berkenaan cadangan perolehan kelas LMS dalam perancangan pengurangan kelas armada TLDM daripada 15 kepada 5 kelas. Bagi saya amat menarik bila nampaknya tertulis seperti empat friget sedia ada dikelaskan bersama enam unit LCS yang bakal diperolehi mulai 2019.

Wallahualam.

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1239156


Friday, February 19, 2016

Cubalah Pertimbangkan

Dah lama tak tulis kat sini fasal tak ada topik yang menarik nak komen. Cuma terlihat gambar away team TLDM ni buat operasi amfibi dengan uniform biasa tergerak nak komen bila lah agak nya nak tukar ke unform kerja yang lebih sesuai yang sudah dipraktikan oleh tentera-tentera laut yang lain seperti RSN, USN dan RAN di bawah.

 Source : Internet

 Agak janggal melihat topi dan backpack ada corak camo, tapi uniform itu sendiri terang-benderang senang untuk dilihat. Bayangkan kalau dalam operasi sebenar, bagaimana nak mengabui mata musuh. Tentera darat sudah mempunyai uniform yang bersesuaian bukan sahaja untuk operasi di sini tetapi di asia timur, bila agaknya TLDM nak menyediakan uniform untuk anggota untuk operasi masakini yang lebih mencabar? Takkan nak tunggu pasukan amfibi ditubuhkan baru nak kaji uniform baru. Lagipun ini untuk semua warga kerja TLDM, tu saya cakap away uniform iaitu untuk operasi luar kapal. Amacam?
Kredit Gambar : Standupper Image dan Rentaka e-mag




Monday, July 21, 2014

New Interceptor Crafts For The Malaysian Navy

The Royal Malaysian Navy has recently announced that they have acquired new high speed interceptor boats that will operate out of the Bunga Mas 5 (BM5) that will act as the mother ship in her role to protect the Sabah east coast against potential threats.

The BM5 In Port Klang In June 2014

The BM5 which will serve as a forward sea base equipped with high-speed interceptor boats, radar surveillance and helicopters. The three interceptor combat boats (CB90) will be used together with the rigid hull inflatable boats (RHIBs) that are currently being used by the navy’s elite sea commando unit (Paskal) and two new boats that were recently acquired by the navy – the Silver Brize and P38 craft.“The Bunga Mas 5 is the right choice to be placed in the area as it has a surveillance radar system and is equipped with helicopters to carry out night operations over long distances,” said navy chief Admiral Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

The P38 craft seems to have been purchased from UES Marine, a division of United Engineering Services LLC, Oman. Their Signature Interceptor Vessel the P-38, these UES interceptor boats can be tailor made as per the customers' requirements. The P38 is a high performance interceptor craft designed for interdiction of hostile vessels in coastal and offshore waters. It is an open boat well-suited for boarding, beaching and interdiction operations. It features advanced deep V step design hull which is 3D infused with advanced composite materials in epoxy resin for optimum power to weight ratio and maximum strength. The hull form and design affords maximum comfort for this type of craft allowing the crew to operate effectively with minimum fatigue. The P38 is designed to accommodate up to 12 crew and is equipped for missions of 12 to 24 hours. 

The P38 can be fitted to meet customised mission requirements, such as triple 50 caliber machine gun mounts. To protect your crew, ballistic NIJ Level lll extended height paneling can be installed into the sides of the cockpit.

Unfortunately the Silver Brize boats I am unable to identify but once I do i will surely include details of it here later.