Sewaktu saja menyelidik untuk hari bermulanya serangan Jepun ke Kota Baru sebagai permulaannya Perang Dunia ke-2, terjumpa rencana ini di website TLDM yang sungguh menarik tentang penglibatan anak watan sebagai kelasi di dalam peperangan Perang Dunia ke-2.
Saya pos semula di sini untuk tatapan semua dengan sedikit karangan semula, juga dengan harapan tidak lenyap sekiranya digubah semula website TLDM nanti.
Dengan ucapan Bismillah!
PENUBUHAN PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE
Oleh kerana keadaan politik semasa yang bergolak, bermula dari tahun 1920 hingga 1931 beberapa cadangan telah disarankan oleh pihak Royal Navy dan pegawai-pegawai tempatan supaya ditubuhkan satu pasukan simpanan sukarela tentera laut demi menampung pertahanan perairan Tanah Melayu. Pada tahun 1926 satu skim dikemuka untuk menubuhkan Pasukan Royal Naval Volunteer Reserve (RNVR) bagi seluruh Tanah Melayu, yang menelan belanja sebanyak $260,000.00. Cadangan tersebut tidak dilaksanakan kerana kekurangan wang. Sebagai alternatif, pada bulan Februari 1932 Pemerintah Tertinggi Tentera di Tanah Melayu (GOC Malaya) dengan persetujuan Ketua Tentera Laut (Captain-in-Charge) di Singapura telah mencadangkan Skim Pasukan Royal Naval Volunteer Reserve untuk Negeri-Negeri Selat sahaja. Di antara butir-butir cadangan itu adalah seperti berikut:
1. Buat permulaan pasukan sukarela simpanan ditubuhkan untuk Singapura sahaja dan akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri-Negeri Selat. Pasukan tersebut dinamakan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Singapura.

2.
Bilangan anggotanya terhad kepada 18 pegawai British dan 54 anggota
lain-lain pangkat berbangsa Melayu. Bilangan ini kemudian akan
diperbesarkan kepada 50 pegawai dan 200 anggota lain-lain pangkat dalam
tempoh 4 tahun.
3. Satu unit bagi Pulau Pinang akan ditubuhkan kemudian, iaitu selepas penubuhan unit di Singapura disempurnakan.
4.
Kerajaan Negeri-Negeri Selat dikehendaki membeli dua buah kapal kecil
untuk latihan, sementara Admiralty London dikehendaki memberikan
pinjaman peralatan khas.
5.
Admiralty London dikehendaki meminjamkan sebuah sekoci untuk latihan di
pelabuhan dan senggaraannya akan ditanggung melalui Colonial Government
Local Defence Vote.
6.
Pentadbiran pasukan tersebut diletakkan di bawah GOC Malaya dan beliau
dikehendaki mendapatkan peruntukan kewangan bagi mengurus, dari Colonial
Government Local Defence Vote. Ketua Tentera Laut di Singapura
dipertanggungjawabkan dalam pengurusan harian pasukan itu.
7.
Jurulatih pasukan terdiri dari seorang Pegawai Royal Navy yang telah
bersara dan dua orang Chief Petty Officer (CPO) dari Royal Navy. Dalam
cadangan asal, pembangunan pasukan sukarela akan terlaksana dalam tempoh
4 tahun. Tetapi oleh kerana gesaan Ketua Tentera British di negeri
China (China Fleet Commander), kesemua perjawatan pasukan Straits
Settlement Naval Volunteer Reserve Singapura telah dipenuhkan menjelang
tahun 1934. Di antara tahun 1937 dan 1938, Gabenor British telah
mencadangkan supaya pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve
diperbesarkan umuk merangkumi pertahanan perairan Johor. Seterusnya
beliau juga mencadangkan supaya satu pasukan ditempatkan di Pulau Pinang
dan satu unit kecil pula ditempatkan di Port Swettenham bagi menjaga
perairan Selangor dan Negeri Sembilan. Cadangan pembesaran itu telah
mendapat persetujuan semua pihak termasuk kerajaan Negeri-Negeri Melayu
yang membantu membiayai pasukan tersebut. Walau bagaimanapun, oleh
kerana anomali di dalam Colonial Defence Act 1931, Pasukan Straits
Settlement Naval Volunteer Reserve hanya ditempatkan di Negeri-Negeri
Selat sahaja, walaupun pada hakikatnya diberi kuasa bergerak di dalam
perairan Negeri-negeri Melayu. Pasukan Straits Settlement Naval
Volunteer Reserve cawangan Pulau Pinang telah ditubuhkan pada bulan
Oktober 1938. Ia dianggotai oleh 20 orang pegawai dan 100 orang anggota
lain-lain pangkat, dan cawangan itu diletakkan di bawah pentadbiran
Pegawai Memerintah Straits Settlement Naval Volunteer Reserve di
Singapura.
PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE SINGAPURA
Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve (SSNVR) Singapura telah ditubuhkan pada 27hb April 1934. Pegawai Memerintahnya yang pertama ialah Commander L.A. W. Johnson MVO, RN. Beliau dibantu oleh dua orang jurulatih dari Royal Navy. Seorang jurulatih Melayu, Sergeant Major Adnan bin Raji dari Straits Settlement Volunteer Corps (SSVC) telah dipinjamkan untuk menjadi jurulatih kawad, dengan menyandang pangkat Chief Petty Officer. Sebagaimana yang telah dinyatakan, penubuhan Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve telah dipercepatkan. Semasa anggota-anggota baru diambil, pasukan itu masih belum memiliki kapal sendiri. Justeru itu anggota-anggota baru seramai 25 orang pegawai dan 150 anggota lain-lain pangkat telah ditempatkan di Markas Straits Settlement Volunteer Corps di Beach Road, Singapura. Latihan amali telah dijalankan di atas kapal SS SEA BELLE.

KAPAL-KAPAL STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE SINGAPURA
Pada 18hb Februari 1935 kerajaan British telah bersetuju memberi sebuah kapal yang sedang digunakan oleh Royal New Zealand Navy untuk kegunaan latihan anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve. Kapal itu ialah dari kelas Flower Corvette seberat 2,000 ton dan ditauliahkan dengan nama HMS LABURNUM. la dilengkapi dengan berbagai peralatan yang perlu untuk latihan. Beberapa peralatan HMS LABURNUM telah ditanggal dan ditempatkan di Gudang Nombor 2 di Teluk Ayer Basin untuk kegunaan latihan amali. Di antara peralatan itu ialah penangkis ranjau, meriam three-pounder dan meriam 4.7 inci. HMS LABURNUM akhirnya telah dijadikan markas, pusat latihan, dan pejabat bagi pengurusan anggota-anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Yang dipindahkan dari Markas Straits Settlement Volunteer Corps.

TAMBAHAN KAPAL-KAPAL LATIHAN UNTUK PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE SINGAPURA
Selain dari HMS LABURNUM sebuah kapal kecil yang dinamakan PENYENGAT telah digunakan untuk melatih rekrut dalarn ilmu pelautan dan pelayaran. Pada tahun 1937, dua buah motor launch HMS PANGLIMA dan HMS PAHLAWAN yang berukuran 75 kaki panjang dan mampu bergerak lebih laju dari PENYENGAT telah dimasukkan ke dalam perkhidmatan untuk latihan anggota-anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve, Singapura. Kapal-kapal tersebut telah dibina di Limbungan Thornycroft Singapura. Setelah ditauliahkan oleh Admiralty London, persenjataan kapal-kapal tersebut ditambah, termasuk pemasangan Lewis Gun, kerana ia kemudian digunakan sebagai kapal peronda pesisir pantai. Anak-anak kapalnya terdiri dari pegawai-pegawai dan anggota-anggota Straits Settlement Naval Volunteer Reserve, Singapura.

PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE PULAU PINANG
Setelah Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Singapura di HMS LABURNUM berjalan lancar, satu cawangan baru telah ditubuhkan di Pulau Pinang dalam bulan Oktober 1938.11 Cawangan itu berpangkalan di Sungai Gelugor, Pulau Pinang dan diletakkan di bawah pemerintahan Commander Alexander RN, dibantu oleh Sub-Lieutenant Hall RNVR, dan CPO Mohd Rais yang dipinjamkan dari cawangan Singapura. Pada mulanya cawangan tersebut dinamakan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve Pulau Pinang. Walau bagaimanapun tidak lama kemudian namanya ditukar kepada Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Pulau Pinang. Kapal HMS PANJI dan Singapura telah dibawa ke Pulau Pinang untuk kegunaan latihan amali anggota-anggota Malayan Royal Naval Volunteer Reserve di cawangan itu. Beberapa orang anggota, termasuk jurulatih dari HMS LABURNUM telah ditukarkan ke cawangan Pulau Pinang. Pada tahun 1940 dua buah kapal ronda dan lima buah kapal penyapu ranjau, termasuk HMS TRANG dan HMS JERAM telah ditempatkan di Pulau Pinang. Seorang anggota lain-lain pangkat di cawangan Pulau Pinang yang kemudiannya menjadi terkenal di dalam Pasukan Force 136 ialah Mohd Zain bin Hussain. Beliau ialah seorang anak watan yang pertama menerima tauliah sebagai pegawai Malayan Royal Naval Volunteer Reserve dalam Perang Dunia Kedua, tetapi tauliahnya hanya diterima pada tahun 1946 di Pulau Belakang Mati, Singapura.

KERAHAN TENAGA
Oleh kerana peperangan di Eropah telah meletus, Kerajaan British telah mengambil keputusan menggunakan seberapa ramai tenteranya untuk mempertahankan tanah air mereka. Rakyat tempatan yang telah diberi latihan melalui pasukan simpanan sukarela telah diberi kesempatan memainkan peranan untuk mempertahankan tanah air sendiri. Kapal-kapal dagang yang didaftarkan di United Kingdom atau tanah jajahan British telah diambil alih, diubahsuai dan dilengkapi dengan machine gun, atau alat penyapu ranjau untuk tugas rondaan dan pertahanan perairan Tanah Melayu. Nakhoda dan pegawai-pegawai kapal dagang juga dikerah tenaga. Nakhoda kapal kecil ditauliahkan dalam pangkat Lieutenant dan nakhoda kapal besar diberi pangkat sama ada Lieutenant Commander atau Commander mengikut saiz kapal.

Bahang Perang Dunia Kedua semakin dirasai di Tanah Melayu
dan Singapura apabila tentera Jepun mara menduduki Indochina.
Pihak British telah meramalkan bahawa mereka tidak berupaya
mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu sekiranya diserang. Kemungkinan Royal Navy datang ke Singapura untuk menyelamatkan keadaan tidak boleh diharapkan kerana peperangan di Eropah lebih besar dan kapal perangnya lebih diperlukan
untuk mempertahankan negara mereka
sendiri. Pihak Jepun menyedari bahawa Britain tidak dapat
menempatkan armadanya di Singapura kerana penglibatan dalam
perang di Eropah, dan dalam masa yang sama Britain pula
menyedari bahawa mereka akan menghadapi satu tentangan yang
hebat untuk mempertahankan Singapura dan Tanah Melayu. Pada
ketika itu Singapura hanya mernpunyai sebuah pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve - (SSNVR) yang berpangkalan di
HMS LABURNUM di Teluk Ayer Basin, Singapura.Pada 4hb September 1939, anggota Straits Settlement
Naval Volunteer Reserve telah dikerah tenaga untuk bertugas sepenuh
masa. Pada ketika itu kedua-dua cawangan pasukan, iaitu HMS LABURNUM dan
Malayan Royal Naval Volunteer Reserve Pulau Pinang telah mempunyai
keanggotaan seramai 650 orang pada bulan September 1940 dan 740 orang
pada bulan Mac 1941.Kesemua anggota tersebut telah bertugas di beberapa
buah kapal kecuali segelintir sahaja yang bertugas di pangkalan.
Walaupun Anggota
pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve telah pun dikerah bertugas
sepenuh masa, tetapi langkah itu masih tidak dapat menyelesaikan
masalah kekurangan anggota. Oleh yang demikian Kerajaan British terpaksa
membuat pengambilan anggota-anggota baru yang kesemuanya terdiri
daripada belia Melayu. Pasukan itu ditubuhkan pada bulan September 1939
dan dikenali sebagai Royal Navy Malay Section atau nama ringkasnya Royal
Malay Navy, atau lebih singkat lagi dikenali sebagai Malay Navy sahaja. Lieutenant
Commander H. Vickers RN. ialah seorang pegawai Royal Navy yang dilantik
menjadi Pegawai Memerintah Royal Malay Navy yang pertama.
Semasa tentera Jepun mula
menyerang negara-negara Asia Timur, pihak British telah mengalami
kekurangan anggota pasukan tentera laut dan juga kapal perang untuk
mempertahankan perairan Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Hanya ada
kira-kira sebanyak 80 buah kapal sahaja yang sempat ditempatkan di
Singapura. Kapal-kapal itu terdiri dari kapal dagang yang diubahsuai
mengikut kehendak Royal Navy, diperlengkapi dengan meriam berkaliber 3
atau 4 inci, dan Lewis Gun. Kapal-kapal itu dikenali sebagai Armed
Merchant Ship yang diambilalih oleh Royal Navy dari syarikat-syarikat
perkapalan di Singapura, Sarawak dan Hong Kong. Di antara 18 hingga 20
orang anggota Pasukan Royal Malay Navy bersama anggota Royal Navy
ditempatkan di setiap kapal. Walaupun bagaimanapun, hampir 400 orang
anggota Royal Malay Navy pada ketika itu masih menetap di pangkalan HMS
PELANDOK kerana ketiadaan kapal perang untuk mereka ditugaskan. HMS
PELANDOK telah dilengkapi dengan meriam 4 inci, Pom-Pom Gun dan juga
Lewis Gun bagi tujuan menangkis serangan pesawat terbang musuh.
Sungguhpun serangan yang akan dihadapi besar tetapi anggota-anggota
Pasukan Royal Malay Navy tetap cekal untuk menghadapinya. Mereka
menyedari bahawa senjata yang dibekalkan tidak dapat menghalang kemaraan
musuh. Pada
pertengahan tahun 1940, pihak Admiralty London telah menambah bilangan
anggota Pasukan Royal Malay Navy. Sehingga akhir tahun 1940 anggota
Royal Malay Navy berjumlah seramai 800 orang. Penambahan anggota pasukan
ialah sebagai persediaan untuk menghadapi Perang Dunia Kedua yang
sedang melanda negara-negara Asia. Di samping itu Royal Navy juga sedang
menghadapi kekurangan anggota di pangkalan tentera lautnya di
Singapura.
Pengambilan rekrut baru pada akhir tahun 1941 telah meningkatkan kekuatan pasukan Royal Malay Navy kepada 1415 orang. Kebanyakan rekrut yang diambil hanya diberi latihan secara singkat sahaja. Malah ada di antara mereka terus ditugaskan berkhidmat di kapal Royal Navy dan Armed Merchant Ship tanpa menjalani latihan sama sekali kerana menghadapi suasana perang.Sebelum Perang Dunia Kedua melanda Tanah Melayu, jumlah anggota Royal Malay Navy yang berkhidmat sepenuh masa dianggarkan seramai 800 orang, kerana ada yang telah tamat kontrak perkhidmatan sebelum perang tiba.

PENGGUNAAN KAPAL DAGANG
Oleh kerana kekurangan kapal perang bagi menghadapi tentera laut
Jepun, pada tahun 1935 Kerajaan British telah merancang untuk
mengambilalih dan mengubahsuai kapal-kapal dagang milik
syarikat-syarikat perkapalan di Tanah Melayu, Singapura dan
Hong Kong, untuk digunakan oleh Royal Navy sebagai sebahagian daripada armadanya. Rancangan tersebut telah
diwartakan pada 4hb September 1939 sebagai Authority for
Shipping, iaitu hasil dari kerjasama Admiralty dan
Kementerian Pengangkutan Perang di London.
Kapal-kapal yang
beratnya melebihi 3000 ton hanya dapat diambilalih pada akhir
tabun 1940 dan kemudian ditauliahkan ke dalam armada Royal
Navy sebagai His Majesty Ship (HMS). Kesemua kapal yang
diambilalih telah mengibarkan bendera Royal Navy dan dilengkapi
dengan beberapa buah meriam, Lewis Gun, Depth Charges dan ranjau.
Sehingga akhir tahun 1941 kira-kira sebanyak 51 buah kapal telah
diambilalih sepenuhnya oleh pihak British.
Di antara kapal yang mula-mula sekali diambilalih oleh Royal
Navy pada 28 Ogos 1939 ialah HMS KAMPAR. Sebulan kemudian lebih
banyak lagi kapal dari Syarikat Straits Steamship seperti HMS CIRCE, HMS MEDUSA, HMS PANGKOR, HMS TAPAH dan HMS JERAM telah
diambilalih. Sementara HMS KUALA, HMS GEMAS, HMS KEDAH, HMS
MELAKA, HMS JERANTUT, HMS TUNG SONG, HMS RAHMAN, HMS TRANG dan
HMS HUA TONG telah diambilalih pada akhir tahun 1939. Pegawai-pegawai
dan anak-anak kapal yang diambilalih terus diserap sebagai anggota Royal Naval Reserve (RNR) setelah menandatangani
perjanjian T124X.
Berikut ialah armada kapal-kapal dari Syarikat Straits Steamship (1940):
KEDAH 2499 ton KAMPAR 971 ton
KAJANG 2082 Ion KUALA 954 ton
KAMUNING 2076 ton LIPIS 914 ton
DARVIL 1929 ton LARUT 894 ton
MARUDU /9/9 ton KRIAN 857 Ion
KEPONG /874 ton MEDUSA 793 ton
KUDAT /725 ton CIRCE 778 Ion
MATANG 1463 ton TUNG SONG 549 ton
KATONG 146/ ton RHU 264 ton
KLANG ]451 ton RELAU 223 ton
IPOH 1279 ton JERANTUT 217 ton
PANGKOR 1250 ton RASA 217 ton
KINTA 1220 ton RlMAU 214 ton
PERAI 1188 ton AMPANG 213 ton
RAUB 1159 ton MELAKA 210 ton
PAHANG 136 ton JERAM 210 ton
KELANTAN 106 ton TAPAH 208 ton
RAHMAN 206 ton JARAK 208 ton
TRANG 205 ton GEMAS 207 ton
RAWANG 198 ton KLIAS 207 ton
PANDAl 166 ton RANTAU 197 ton
SUBOK 148 ton ROMPIN 189 ton
RIMBA 139 ton RENGAM 185 ton
JITRA 122 ton PETANG 168 ton
INTAN 117 ton BRUNEI 101 ton
Kapal-kapal tersebut telah dilengkapi dengan meriam 4 inci di
bahagian hadapan (Forecastle) dan belakang (Aft), sementara di kiri
dan kanan anjungan (Bridge) dipasang dengan Lewis Gun untuk menangkis
serangan pesawat terbang.
PENGLlBATAN PASUKAN MALAY NAVY DAN MALAYAN ROYAL NAVAL VOLUNTEER RESERVE DALAM PERANG
Anggota-anggota
Pasukan Malay Navy dan Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve
telah ditugaskan di kapal-kapal perang Royal Navy dan kapal-kapal Armed
Merchant Ship untuk meronda dan memasang ranjau di perairan Tanah Melayu
dan Singapura. Di samping itu kapal-kapal Armed Merchant Ship terus
menjalankan tugas perdagangan dalam aktiviti mengangkut barangan ke
pelabuhan-pelabuhan di Tanah Melayu.
Pada
akhir tahun 1941 rondaan serta latihan seringkali diadakan di sekitar
perairan Tanah Melayu dan Singapura hingga melewati Utara Borneo dan
Sarawak. Oleh kerana kekurangan kapal perang, tidak semua
anggota-anggota Malay Navy dapat ditempatkan di kapal. Anggota-anggota
yang tidak bertugas di kapal diarahkan bertugas di pangkaIan HMS
PELANDOK.
KEBERANIAN ANAK MELAYU
Selain
dari anggota-anggota Pasukan Malay Navy, pemuda-pemuda Melayu dari
Pasukan Straits Settlement Naval Volunteer Reserve juga sama berkhidmat
di Armed Merchant Ship. Adalah berkemungkinan besar bahawa Armed
Merchant Ship yang pertama diserang oleh tentera udara Jepun pada 13hb
Disember 1941 ialah HMS LIPIS, iaitu semasa dalam pelayaran dari Kuching
ke Singapura. Nakhodanya ialah Captain O.G. Jones, RNR. Seramai tiga
orang anak-anak kapal telah terkorban dan 14 orang lagi luka parah.
Pada
30hb Disember 1941, HMS KUDAT pula telah diserang ketika berada di
Selat Kelang berhampiran Pelabuhan Swettenham. Ia merupakan kapal Armed
Merchant Ship yang pertama ditenggelamkan oleh Jepun. Ada empat orang
anggota Malay Navy berkhidmat di kapal itu. Seorang daripadanya ialah
Able Seaman Abdul Kadir bin Said yang telah menangkis serangan pesawat
Jepun dengan menggunakan Lewis Gun. Beliau mengalami kecederaan semasa
kapal terbakar, tetapi sempat terjun ke laut sebelum ia tenggelam dan
berenang menyelamatkan diri ke darat.
Ramai
anak-anak kapal HMS KUDAT telah terkorban, sementara yang terselamat
mengalami kecederaan. Able Seaman Abdul Kadir bin Said telah dimasukkan
ke Hospital Daerah Kelang dan beberapa hari kemudian dipindahkan ke
Hospital Besar Kuala Lumpur. Keberanian
dan semangat Able Seaman Abelul Kadir bin Said diperakui oleh Kerajaan
British dan beliau telah dianugerahi Pingat Distinguished Service Medal
(DSM) pada tabun 1947. Beliau ialah anak Melayu yang pertama di dalarn
tentera laut yang menerima penganugerahan dari Kerajaan British.
Sebuah
lagi Armed Merchant Ship, iaitu HMS LARUT telah diserang pesawat Jepun
berhampiran Pulau Sabang pada 20hb Januari 1942. Nakhodanya pada ketika
itu ialah Captain C. E. Cleaver RNR. Dalam serangan itu HMS LARUT telah
dimusnahkan dengan mudah dalam beberapa minit sahaja dan akhirnya karam
ke dasar laut bersama beberapa orang anak kapalnya. Hanya 10 orang
sahaja yang berjaya menyelamatkan diri berenang kira-kira tiga batu ke
darat, termasuk dua orang anggota Pasukan Malay Navy, iaitu Able Seaman
Syed Abdullah bin Syed Alwee dan Able Telegraphist Ahmad bin Vaity.
Semasa kapal diserang mereka cuba menangkis pesawat musuh dengan
menggunakan Lewis Gun tetapi gagal mengenai sasarannya. "diceritakan
oleh Tuan Syed Abdullah bin Syed Alwi, beralamat di No. 12 Lorong Dua,
Jalan Sentosa, Taman Dato Onn, Johor Bahru".
Setelah
berada di Pulau Sabang selama hampir tiga minggu, akhirnya
anggota-anggota Pasukan Malay Navy dan Royal Navy yang terselamat telah
dipindahkan ke sebuah markas Tentera Belanda di Kota Raja Pada masa itu
HMS PANGKOR yang diperintah oleh Captain T. Sutherland RNR, telah sedia
berada di sana. Ada seramai tujuh orang anggota Pasukan Malay Navy,
terrnasuk seorang anggota Pasukan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve
bernama Able Seaman Johari bin Mohd Amin sedang berkhidmat di kapal itu.
Misi HMS PANGKOR ialah membawa beratus-ratus orang anggota tentera dan
penumpang awam berundur dari Singapura ke Colombo. Kapal itu selamat
tiba di destinasinya pada akhir bulan Januari 1942.
Salah
sebuah kapal yang paling digemari oleh anggota-anggota Pasukan Malay
Navy ialah HMS VYNER BROOKE, kerana kebanyakan pelatih telah menjalani
latihan di kapal itu. Dalam pelayaran latihan kapal ini sering belayar
berulang-alik dari Kuching ke Singapura. Nakhoda HMS VYNER BROOKE ialah
Captain R. E. Borton RNR. Kali terakhir kapal meninggalkan Singapura
ialah pada malam 12hb Februari 1942 membawa 64 orang jururawat Australia
dan 128 orang anggota tentera yang berundur. Seramai 20 orang anggota Pasukan Malay Navy adalah di antara anak-anak kapalnya,
Pada
pagi Sabtu 14hb Februari 1942, ketika sedang belayar memasuki Selat
Bangka, kapal itu dibom bertubi-tubi oleh sembilan buah pesawat tentera
Jepun sehingga anak-anak kapal tidak berpeluang sama sekali hendak
menyerang balas. Kapal telah mengalami kerosakan teruk dan terbakar
menyebabkan ramai penumpangnya terkorban. Captain Borton dapat
menyelamatkan diri ke rumah api Muntok di Pulau Bangka setelah
terapung-apung di air selama 18 jam."
Dalam
peristiwa sedih HMS VYNER BROOKE itu, semua anggota Pasukan Malay Navy
terkorban kecuali Leading Seaman Abdul Samad bin Ali. Walaupun Leading
Seaman Samad mengalami kecederaan akibat terbakar tetapi beliau berjaya
menyelamatkan ramai jururawat Australia sehingga tiba ke pantai Muntok
di Pulau Bangka. Kira-kira 22 orang jururawat telah terselamat dalam
peristiwa tersebut. Dua hari kemudian satu pasukan tentera darat Jepun
telah mendarat di pantai Muntok. Semua rakyat Australia dan British yang
terselamat telah diperintahkan oleh tentera Jepun berbaris di gigi air
di Pantai Muntok dan ditembak hingga mati.
Walau
bagaimanapun seorang jururawat bernama Sister Vivien Bullwinkle hanya
mengalami kecederaan ringan dan terselamat dari pembunuhan itu.
Kekejaman Jepun itu tidak boleh dilupakan oleh Leading Seaman Abdul
Samad. Beliau telah dibawa ke Pulau Bangka dan kemudian ke Belawan untuk
dijadikan buruh paksa bersama tawanan perang yang lain. Pada bulan
April 1943, beliau telah dibebaskan dan pulang ke Tanah Melayu dengan
menumpang sebuah bot.
Peristiwa
Leading Seaman Abdul Samad menyelamatkan jururawat Australia itu tidak
mendapat sebarang penghargaan dari pihak British mahupun Australia.
Malah di dalam buku berjudul Home Port Singapore," tidak ada disebut
nama Leading Seaman Abdul Samad yang menyelamatkan Sister Bullwinkle.
Buku itu juga tidak mencatatkan penglibatan Malay Navy atau kehadiran
anggotanya di HMS VYNER BROOKE semasa diserang Jepun, sungguhpun pada
hakikatnya anggota-anggota Pasukan Malay Navy telah terkorban semasa
bertugas di kapal tersebut. Ada kemungkinan anggota-anggota yang
terkorban itu diperakui sebagai sebahagian dari anggora-anggota Royal
Navy.
Dalam
peristiwa lain, sebuah lagi kapal perang British, HMS SYLVIA telah di
serang oleh beberapa buah pesawat terbang Jepun semasa meronda perairan
Mersing, Johor. Dalam serangan bertubi-tubi itu seorang anak kapal, Able
Seaman Hamidon bin Talib telah terkena tembakan dan mendapat luka parah
di bahu dan lengan kanan. Dua orang rakannya telah terkorban tetapi
kapal tidak dapat ditenggelamkan oleh Jepun. Sebuah dari pesawat terbang
yang menyerang telah ditembak jatuh oleh anggota kapal. Dalam keadaan
cedera parah Able Seaman Hamidon telah diheret ke dalam bilik jentera
untuk diberi rawatan segera oleh seorang rakannya. Setelah suasana reda
beliau dihantar ke Hospital Mersing dan kemudian ke Hospital Besar Johor
Bahru untuk rawatan selanjutnya.
Peristiwa
HMS SURVEYOR diserang pula telah diceritakan oleh Able Seaman Manaf bin
Basir. Seramai lima orang anggota Pasukan Malay Navy termasuk Able
Seaman Manaf berkhidmat di kapal tersebut. HMS SURVEYOR diserang tetapi
anggota kapal tidak dapat menangkis serangan kerana kekurangan senjata.
HMS SURVEYOR mengalami kerosakan pada alat radar dan enjin, di samping
kebakaran di beberapa bahagian kapal. Ramai anak-anak kapal, termasuk
anggota Pasukan Malay Navy cedera dan terkorban dalam peristiwa
tersebut. Di antara mereka yang terkorban ialah Petty Officer Adam, Able
Seaman Osman dan Able Seaman Hashim. Sernentara yang tercedera ialah
Able Seaman Hamudin dan Able Seaman Manaf bin Basir.
Dalam
peperangan di laut banyak Armed Merchant Ship telah karam atau
mengalami kerosakan kerana serangan bom pesawat terbang Jepun. Di antara
kapal-kapal yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun ialah HMS JITRA.
HMS lNTAN. HMS PANDAI. HMS PETALING, HMS RENGAM, HMS RIMBA dan HMS
RIMAU. Dua buah kapal dari Syarikat Straits Steamship, HMS RAUB dan HMS
LARUT yang telah diubahsuai semula untuk dijadikan kapal penangkis
ranjau juga diserang oleh pesawat Jepun. HMS RAUB diserang pada 20hb
Januari 1942 di Belawan. sementara HMS LARUT dibom hingga karam sewaktu
berada di Pulau Sabang.
Satu
peristiwa telah diceritakan oleh Sheikh Hussin bin Sheikh Ali, seorang
anggota Pasukan Malay Navy yang bertugas di HMS KELANA yang diperintah
Oleh Lieutenant C. J. Windsor RNR. Semasa meronda di kawasan Endau,
Pahang pada 8hb Disember 1941 (hari pertama Singapura dan Selatan Johor
dibom oleh tentera Jepun), kapal beliau turut dibom dan tenggelam di
Sungai Endau, di mana tiga orang rakannya terkorban. Sheikh Hussin telah
berenang ke darat walaupun terkena tembakan di betis dan punggung.
Beliau dirawat di Hospital Besar Johor Bahru dan kemudian di Hospital
Besar Singapura. Secara kebetulan beliau bertemu isteri Lieutenant
Windsor di sana. Tentera Jepun di Singapura amat pantas. Lieutenant
Windsor bersama isterinya tidak sempat berundur dari Singapura dengan
kumpulan yang lain. Mereka terpaksa membeli sebuah bot layar yang
dilengkapi dengan jentera kecil.
Sebelum
Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 15hb Februari 1942, Lieutenant
Windsor. isteri, dan seorang sahabat mereka (berpangkat Lieutenant RNR),
bersama tukang masak berlepas dari Singapura menuju ke arah barat Ceylon dan juga mencari
tempat Sheikh Hussin, yang telah selamat untuk
berlindung di Sumatra. Dari situ mereka menaiki kenderaan
tentera Belanda menuju ke Padang , di Sumatra Barat untuk bertemu
pasukan tentera British lain yang sedang berundur. Sheikh Hussin
berpisah dengan Lieutenant Windsor di sana, setelah beliau bertemu
dengan pasukan tentera yang berundur tadi .
Sheikh
Hussin kemudian bertemu dengan Kapten Tengku Mahmud Mahyuddin dan Encik
Jamaluddin, kedua-duanya anggota Pasukan Federated Malay States
Volunteer Force (FMSVF), dan Encik Rahmat Haji Salleh, seorang anggota
Pasukan Malay Navy. Mereka sama-sama rnenaiki kapal HMS TENEDOS dan
belayar ke Lautan Hindi, kemudian bertukar ke kapal HMS HOBART menuju
Colombo dan tiba di pertengahan bulan Mac 1942.
BERUNDUR DARI KEHANCURAN
Kerajaan
British telah membuat rancangan kontinjensi untuk berundur sekiranya
keadaan pertahanan Royal Navy di Singapura tenyata dapat dipatahkan oleh
Jepun. Kesemua kapal dirancang berundur ke Sumatra dan kemudian ke
Betawi di Pulau Jawa. Pergerakan pertama bermula sebaik sahaja Tanah
Melayu jatuh ke tangan Jepun.
Pada 27hb Januari
1942 semua anggota tentera British dan Australia yang masih berada di
Johor Bahru telah diarahkan berundur ke Singapura untuk bertahan habis-
habisan, kerana beberapa daerah di Negeri Johor sudah pun ditawan oleh
tentera Jepun. Pada 8hb Februari 1942 Singapura mula diserang dari udara
oleh tentera Jepun, yang mana Pangkalan Royal Navy di Sembawang telah
menjadi sasaran utama. Turut menjadi sasaran ialah HMS PELANDOK yang
terletak berhampiran dengan Naval Base. Anggota-anggota Malay Navy telah
mempertahankan HMS PELANDOK dengan menggunakan meriam penangkis pesawat
terbang, tetapi tiada sebuah pun yang dapat dimusnahkan.
Pada 11hb Februari 1942 sekali lagi Naval Base dan HMS PELANDOK menjadi sasaran serangan udara tentera Jepun. Serangan kali kedua itu telah memusnahkan HMS PELANDOK dan ramai anggota Malay Navy cedera parah dan terkorban.
Oleh kerana HMS PELANDOK musnah, anggota-anggota Pasukan Malay Navy diarahkan berpindah untuk berlindung buat sementara waktu di dalam gerabak- gerabak keretapi yang kosong. Dua hari kemudian mereka berpindah ke HMS LABURNUM, iaitu sebuah pangkalan Malayan Royal Naval Volunteer Reserve di Telok Ayer Basin, di mana seramai 300 orang anggota Pasukan Malay Navy dikumpulkan semula. Semasa berada di san mereka telah diserang sekali lagi yang mengakibatkan ramai terkorban dan cedera. Semasa diserang mereka terpaksa berlindung di kawasan sekitar pangkalan tanpa dapat membuat serangan balas.
Pada malam 14hb Februari 1942, semua anggota Pasukan Malay Navy telah diberi taklimat oleh Lieutenant Commander Vickers. Tentera British mengaku bahawa mereka tidak dapat bertahan lebih lama lagi dan lambat laun Singapura akan jatuh ke tangan Jepun. Pada malam itu juga tentera Jepun telah mengebom sekitar Changi, Pasir Panjang dan Sembawang. Lieutenant Commander Vickers memberikan pilihan sama ada anggota-anggota Pasukan Malay Navy hendak terus tinggal di Singapura di bawah perintah tentera Jepun ataupun berundur dari Singapura bersama anggota tentera British.
Seperti yang diceritakan oleh beberapa orang anggota Pasukan Malay Navy, di antara 60 orang yang hadir dalam taklimat itu, hampir separuh memilih untuk terus tinggal di Singapura, sementara yang lainnya memilih ikut berundur menaiki beberapa buah kapal yang telah disediakan. Kapal-kapal itu meninggalkan Singapura hanya beberapa jam sahaja sebelum ia jatuh ke tangan tentera Jepun. Sungguh pun tujuan berundur ialah untuk menyelamatkan diri tetapi tidak semua selamat tiba di destinasi mereka, sama ada di Betawi atau Colombo.

Pasukan Malay Navy yang berundur bersama tentera British pada malam 14hb
Februari 1942 juga tidak terselamat dari padah serangan tentera Jepun.
Kebanyakan dari mereka telah diserang ketika kapal berada di Sabang dan
di Tanjung Periok.
Kebanyakan
kapal telah meninggalkan Singapura dalam bulan Disember 1941, apabila
pesawat terbang Jepun mula menyerang. Kumpulan kapal yang pertama
diserang ialah HMS TRANG, HMS LIPIS, HMS KUALA, HMS JARAK, HMS REDANG dan
HMS VYNER BROOKE. Kapal-kapal itu terus diserang semasa melalui Selat
Singapura. Serangan yang paling hebat berlaku pada 14hb Februari 1942,
di mana sebanyak 11 buah kapal Royal Navy telah musnah dan tengggelam.
LIEUTENANT COMMANDER H. VICKERS TERKORBAN
Di
antara peristiwa sedih yang telah diceritakan oleh beberapa orang
anggota Pasukan Malay Navy ialah mengenai nasib Lieutenant Commander
Vickers. Beliau adalah di antara pegawai Royal Navy yang terakhir
meninggalkan Singapura. Mengikut cerita Encik Idris bin Md Yunus, pada
12hb Februari 1942 beliau telah menaiki HMS SlANG WHO untuk berundur ke
Australia bersama-sama dengan Lieutenant Spillman. Semasa dalam
pelayaran menuju ke Pulau Bangka pada 14hb Februari 1942, HMS SIANG WHO
telah dibom dan mengalami kerosakan. Anggota-anggota Pasukan Malay Navy
telah menanggalkan pakaian seragam dan menyembunyikan senjata mereka. Di
sebelah malamnya Polis Marin Belanda telah membawa semua
penumpang-penumpang dari kapal ke darat untuk berlindung.
Anggota-anggota tentera British telah diberi perlindungan di dalam
hospital. Pada keesokan harinya tentera Jepun telah mendarat di Pulau
Bangka dan memerintahkan semua anggota tentera British keluar dari
hospital untuk berbaris di tengah panas sepanjang hari.
Nasib
anggota-anggota Pasukan Malay Navy agak baik. Mereka telah beberapa
kali didatangi oleh seorang pegawai tentera darat Jepun berpangkat
Kapten bersama beberapa orang askar untuk merisik mengenai tentera
British. Able Seaman ldris bin Mohd Yunus, seorang anggota Pasukan Malay
Navy dan rakan-rakannya turut tertangkap dan dijadikan buruh paksa.
Able
Seaman Idris ada temampak Lieutenant Spillman dipaksa oleh tentera
Jepun mengandar air bersama-sama anggota-anggota tentera British yang
ditawan. Walau bagaimanapun Lieutenant Commander Vickers, iaitu Pegawai
Memerintah mereka tidak kelihatan di mana-mana. Selepas dua hari dalam
tawanan, Able Seaman ldris dan rakan-rakannya telah dibebaskan oleh
tentera Jepun dan mereka menrantau ke kampong yang berhampiran lalu
terus menetap di sana. Semasa di kampung itulah beliau diberitahu oleh
penduduk-penduduk di situ yang Lieutenant Commander Vickers telah
kelihatan mati di dalam semak belukar berhampiran kampong itu.
TAWANAN PERANG
Sebaik sahaja Jepun
dapat menawan Singapura, satu perintah telah dikeluarkan oleh Markas
Tentera Jepun mengarahkan supaya semua bekas tentera yang ada di Tanah
Melayu dan Singapura melaporkan diri ke markas tersebut untuk dihantar
balik ke kampong masing-masing. Tetapi malangnya mereka yang melapor
telah tertipu oleh dakyah tentera Jepun. Kebanyakan dari mereka telah
dipenjara dan kemudiannya dijadikan buruh paksa di Siam, Burma atau
Indonesia. Kira-kira seramai 25 orang anggota Pasukan Malay Navy yang
masih berpakaian seragam Royal Navy telah dibunuh oleh tentera Jepun di
Tanjung Pagar.
Ketika Perang Dunia Kedua meletus di Tanah Melayu, Able Seaman Yahaya bin Mohamad sedang berkhidmat di atas kapal HMS RAUB yang ditugaskan meronda perairan antara Belawan dan Sabang. Pada suatu hari kapal tersebut telah dibom oleh pesawat terbang Jepun dan terus tenggelam berhampiran jeti di Belawan. Dalam peristiwa itu Able Seaman Yahaya telah mengalami kecederaan parah di dalam telinga sehingga berdarah. Beliau dihantar ke Hospital Medan oleh tentera Belanda dalam keadaan tidak sedarkan diri. Selepas sebulan berada di hospital, Able Seaman Yahaya telah dibenarkan keluar dan ditempatkan bekerja di Pejabat Konsul British di Medan.

Tidak
berapa lama kernudian tentera Jepun mendarat di Sumatra. Able Seaman
Yahaya bersama-sama rakannya Abdullah bin Haji Baharin, Kamaruddin bin
Dieu, Ibrahim bin Ahmad, Salehuddin bin Mohd Radzi dan Mohd Hashim bin
Busu telah ditawan. Mereka dijadikan tawanan perang dan ditempatkan di
sebuah kem yang merupakan bekas Rumah Sakit Otak Glugur berhampiran
bandar Medan.
Able
Seaman Yahaya dan rakan-rakannya dapat balik ke Pulau Pinang menaiki
sebuah tongkang dengan pertolongan seorang India Muslim yang berniaga di
antara Medan dan Pulau Pinang. Selepas tiga hari pelayaran mereka tiba
di Pantai Sungai Glugur, Pulau Pinang tetapi ditangkap dan hampir
dipenggal kepala mereka oleh askar Jepun kerana mendarat tanpa
kebenaran. Mereka terselamat kerana dapat menunjukkan sekeping surat
dalam tulisan Jepun yang menyatakan mereka telah dibebaskan dari kem
tahanan perang Glugur, di Medan. Mereka kemudian diarah melaporkan diri
di Pelabuhan Swettenham untuk bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji
sebanyak 50sen sehari. Oleh kerana mereka tidak sanggup lagi menahan
penderitaan dan kesihatan mereka yang semakin terganggu akibat kurang
makanan berkhasiat selama setahun di kem tahanan, mereka melarikan diri
dan bersembunyi di kampong berdekatan.
KAPAL KAPAL YANG TERSELAMAT
Kebanyakan
dan kapal yang terselamat telah diarahkan pergi ke Colombo. HMS
KELANTAN di bawah perintah Captain H. W. Richardson RNR, merupakan kapal
yang pertama berjaya meninggalkan perairan Tanah Melayu pada 13hb
Disember 1941. Turut serta diatas kapal itu ialah seorang anggota Malay
Navy iaitu Leading Seaman Ismail bin Hassan. Semasa berada di perairan
Indonesia dekat Pulau Aruah, HMS KELANTAN telah diserang oleh dua buah
pesawat terbang Jepun. Seorang anak kapal telah terkorban dalam serangan
itu, tetapi kapal hanya mengalami kerosakan kecil dan dapat diperbaiki
semula oleh anak-anak kapal. Keesokan harinya tentera Jepun rnenyerang
HMS KELANTAN sekali lagi, tetapi kapal berjaya menyelamatkan diri dan
terus belayar ke Colombo.
Walaupun banyak kapal yang musnah oleh serangan Jepun tetapi sebanyak 21 buah kapal telah terselamat. Di antaranya termasuk HMS CIRCE, HMS MEDUSA. KAJANG. HMS KELANG, HMS PERAK, HMS MATANG, HMS PAHANG, HMS HONG KENG, HMS HONG PENG, dan HMS HONG SIANG. Beberapa buah kapal, iaitu HMS KEDAH, HMS KINTA, HMS CIRCE dan HMS MEDUSA telah dikekalkan tauliahnya di dalam Royal Navy hingga selepas perang.

KAPAL-KAPAL YANG MUSNAH.
Kapal
Armed Merchant Ship dari Syarikat Straits Steamship yang musnah dari
tahun 1941 hingga 1945 ialah HMS AMPANG, HMS BRUNEI, HMS GEMAS, HMS
INTAN, HMS IPOH, HMS JARAK, HMS JERAM, HMS JERANTUT, HMS JITRA, HMS
KAMPAR, HMS KEMUNING, HMS KATONG, HMS KLIAS, HMS KUALA, HMS KUDAT, HMS
LARUT. HMS LIPIS, HMS MELAKA, HMS PAHANG, HMS KINTA, HMS PANDAI, HMS
PETALING, HMS RAHMAN, HMS RAUB, HMS RAWANG, HMS RIMBA, HMS RENGAM, HMS
ROMPlN, HMS SUBOK dan HMS TRANG.
Syarikat
Sarawak Steamship pula telah kehilangan sebanyak enam buah kapal,iaitu
HMS ANGBY. HMS GLADYS, HMS KIM CHIN SENG, HMS MARGARET, HMS RAJANG dan
HMS VYNER BROOKE.
Kapal-kapal
seperti HMS RANTAU, HMS RASA, HMS RELAU, HMS RIMAU dan HMS TAPAH
telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun tetapi diambilalih semula
selepas perang tamat pada tahun 1945.
Selain
dari kemusnahan Armed Merchant Ship itu, pihak British juga mengalami
kerugian besar kerana kehilangan kapal-kapal perang yang musnah akibat
serangan pesawat terbang Jepun. Peristiwa penenggelaman HMS PRINCE OF
WALES dan HMS REPULSE telah benar-benar menjejaskan imej Royal Navy yang
mengaku unggul dan tidak boleh dikalahkan.
PENUBUHAN PASUKAN STRAITS SETTLEMENT NAVAL VOLUNTEER RESERVE
PENUBUHAN PANGKALAN ROYAL NAVY DI SINGAPURA
PENUBUHAN ROYAL NAVY MALAY SECTION
PENGLIBATAN ANAK MELAYU DALAM PERANG DUNIA KEDUA
Rencana-rencana saya yang berkaitan adalah seperti berikut :
THE MALAY NAVY IN WORLD WAR II
Malay Navy In WWII - Casualty Roll
Senarai terlengkap tentang kapal-kapal terlibat ==> LIST OF SHIPS INVOLVED IN SE ASIA