Wednesday, September 5, 2012

Rotan Dah Ada, Buat Apa Nak Akar Reput

Edited : Correct Frigate Picture thanks to Mr Ahnaf

Ingatkan hari tu nak buat cerita ni untuk Hari Merdeka tapi boleh lah nak buat lanjutan ke post awal yang ini fasal cadangan pembelian frigat kelas OHP tempohari.

Alangkah terkejutnya saya membaca berita yang terbukti Tentera Laut Filipina sudah memulakan perbincangan untuk membeli kapal kelas Maestrale Tentera Laut Itali seperti dikomen oleh En. Feizal di post tersebut. Ini adalah seperti diberitakan oleh suratkhabar Filipina ini.

Cuba bandingkan kemampuan kapal Maestrale ni dengan kapal OHP yang kita dikatakan berminat tu dari segi persenjataan sahaja.
Kelas Frigat Maestrale.

Weapons
  • Anti-air missiles:
    1x 8 round SAM launcher (24x Aspide missiles)
  • Anti-ship missiles:
    4x Teseo Mk2 (Otomat)
  • Guns:
    1x 127-mm 54-cal. OTO Melara DP (main gun)
    2x 40mm Oto Melara Dardo Twin 40L70
  • ASW:
    2x fixed 533-mm torpedo launchers (8x WASS A-184 torpedoes)
    2x triple 324-mm Mk 32 Mod. 9 torpedo tubes (12x U.S. Mk 46 Mod. 5 torpedoes)
lawan

Frigat kelas OHP


Two triple Mark 32 Anti-submarine warfare torpedo tubes with Mark 46 or Mark 50 anti-submarine warfare torpedoes

One OTO Melara 76 mm/62 caliber naval gun

One 20 mm Phalanx CIWS rapid-fire cannon

Sekilas pandang pun kita boleh lihat yang mana satu lebih berkemampuan kan. Walaupun harganya untuk dua unit dikatakan dalam USD280 juta, tapi kalau berbaloi apa salahnya kerana pihak Filipina sendiri sedang merundingkan harganya. Berdasarkan laporan Jane's di bawah, ada kemungkinan bajet Filipina terlalu rendah untuk cadangan pembelian tersebut kalau harga USD280 juta sebelum ini adalah benar.
Philippines puts price tag on ex-Italian frigates

The Philippines Department of National Defence has requested a budget allocation of USD60 million to purchase two second-hand Maestrale-class frigates from Italy. The price tag was disclosed by Defence Secretary Voltaire Gazmin on 22 August, when he formally informed the House of Representatives' appropriations committee of a proposed 2013 defence budget of PHP121.6 billion (USD2.9 billion), a 7.6 per cent increase on 2012's budget of PHP113 billion

[first posted to http://jni.janes.com - 23 August 2012]
Kalau pembelian ini tak menjadi, apa salahnya kita pula berbincang untuk membelinya fasal bagi saya ini adalah rotan yang lebih berharga dari akar Amerika tu. Kalau diteruskan pembelian akar Amerika tu, silap-silap saya pula menyokong kenyataan mereka yang sebelum ni suka mengkritik tanpa alasan yang kukuh. Fikir-fikirkanlah kenapa agaknya Menteri Petahananan anak didik Amerika ni sendiri berkata sebegini walaupun sepatutnya mereka lebih mudah untuk mendapatkan akar Amerika itu seperti dikatakan dalam laporan ini.

Defense Secretary Voltaire Gazmin had earlier said the military wants to acquire additional naval craft from Italy.

“We are not totally relying on the United States (for) our equipment acquisitions. We are also looking at the possibility of getting some of our equipment from Europe, specifically from Italy, depending on our budget,” he added.

Tapi kalaulah pihak Filipina dapat juga membeli frigat Maestrale ini dengan bajet USD60 juta mereka, memang kita telah melakukan kesilapan besar melepaskan peluang sebegini bagi diri saya. Wallahualam!


4 comments:

Anonymous said...

Yang professional dah tolak OHP tu, tapi yang non-profesional tak tetapkan pendirian lagi.

Bukan Maestral je, type 42, Karel Doorman pun boleh dipertimbangkan. Tapi keputusan tu di tangan non-professionals.

stryker_fx

Feizal Ikhir Juhari said...

Salam..
Selamat Hari Raya Tuan dan Salam Kemerdekaan...
yea..sy setuju dgn ape yg tuan cuba sampaikan ini..
kita pernah gunakan kapal buatan itali, xsilap sy kapal kelas laksamana..
jadi xslh jika kita mengintai kapal yg itali nk jual ini..xrugi sy rasa dgn nilai yg akan dibelanjakan oleh k'jaan dgn keupayaan kapal ini jika nk dibandingkan dgn kapal OHP

Feizal Ikhir Juhari said...

Salam Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Tuan
Nice Artikel Tuan...
Harap org k'jaan pertimbangkan
Kapal frigat ni..jgn berputih mata..hehe

Ahnaf said...

Salam,

Artikel yang sangat menarik! Anyway FYI, gambar tu bukan Maestrale Class Frigate. Itu gambar 'Durand de La Penne Class Destroyer'. Harap maklum :D