Tuesday, July 15, 2014

Jangan Jadi Jahil Lah!


Hakikatnya bagi mereka yang hanya tahu menjerit di Facebook tapi jahil fakta, Malaysia sudah lama menghantar pasukan tentera hadapannya ke bumi Palestin untuk berhadapan dengan tentera rejim Israel.

Walaupun hanya dilengkapi dengan kenderaan perisai usang kerana pihak pembangkang selalu tanya, "mau bili itu senjata mau lawan siapa", pada dasarnya bila negara-negara Islam bersatu satu masa nanti dan akhirnya mengisytiharkan jihad, berbanggalah yang negara kita dan negara serantau iaitu Indonesia dan Brunei(yang menempatkan anggotanya bersama kontijen kita) akan beraksi dari awal lagi.

Tak percaya? Tanyalah bekas-bekas tentera-tentera pengaman kita yang pernah bertugas di Bosnia-herzegovina kenapa Harimau Malaya digeruni pihak serbia dan croatia. Ingat fasal bola ke?

Tidak perlulah elemen-elemen sokongan termasuk dari TUDM berada di sana kalau setakat tentera kita setakat nak "bersiar-siar" di sana. Bila jihad sebenar berlaku, bala tentera kita tidak akan masuk medan dengan mata buta nanti, InsyaAllah.

Jadi sabarlah hati, tawakkallah dengan percaturan Allah. Dia maha mengetahui apa yang Dia kehendaki.



Malbatt 850-1 Kibarkan Bendera Tradisi Pengaman Malaysia

MARAKAH (LUBNAN), 14 Julai — Perjalanan darat dari ibu negara Lubnan, Beirut, ke sini mengambil masa kira-kira dua jam merentasi kawasan luar bandar yang dipenuhi kebun pisang, ladang oren dan buah zaitun yang tumbuh subur.


mykmu.net

1 comment:

hobbit1964 said...

Isn't it fascinating, Mumuchi, that they who complain and sneer when military procurements are scrutinised, are the same ones who would exhort the government to deploy 10 000 soldiers to a single township to rehab the scour wounds of the recent floods? It is not the Ops Murni suggestion that I find questionable, but the mindset where you wouldn't care that these soldiers be properly equipped to run a capability-based operation, but would suggest how they are to be redeployed away from their frontlines to cater to your expressions of concern over the unfortunate.
A bit ambivalent, no?