Dah lama tak tulis kat sini fasal tak ada topik yang menarik nak
komen. Cuma terlihat gambar away team TLDM ni buat operasi amfibi dengan
uniform biasa tergerak nak komen bila lah agak nya nak tukar ke unform
kerja yang lebih sesuai yang sudah dipraktikan oleh tentera-tentera laut
yang lain seperti RSN, USN dan RAN di bawah.
Source : Internet
Agak janggal melihat topi dan
backpack ada corak camo, tapi uniform itu sendiri terang-benderang
senang untuk dilihat. Bayangkan kalau dalam operasi sebenar, bagaimana
nak mengabui mata musuh. Tentera darat sudah mempunyai uniform yang
bersesuaian bukan sahaja untuk operasi di sini tetapi di asia timur,
bila agaknya TLDM nak menyediakan uniform untuk anggota untuk operasi
masakini yang lebih mencabar? Takkan nak tunggu pasukan amfibi
ditubuhkan baru nak kaji uniform baru. Lagipun ini untuk semua warga
kerja TLDM, tu saya cakap away uniform iaitu untuk operasi luar kapal.
Amacam?
Kredit Gambar : Standupper Image dan Rentaka e-mag
3 comments:
Saya sebagai bekas anggota TLDM setuju dengan pandangan saudara. Pakaian seragam 2B itu telah lama sejak saya masih berkhidmat lagi pada tahun 80an. Sudah tiba masa ia perlu diganti kepada yang bersesuaian. Jangan pula nanti ada orang berkata ia satu pembaziran.
Setuju dengan pandangan anda.
Pakaian seragam seharusnya mengikut perkembangan semasa dan peredaran zaman.
Begitu juga dengan asset dan senjata ATM.
Warga dan wira di barisan hadapan negara mesti diutamakan.
Tapi, kalau mengikut amalan biasa tahun-tahun yang lampau, janganlah menaruh harapan yang tinggi ianya akan berlaku dalam masa 3-4 tahun ini.
Bajet pertahanan sentiasa bukan menjadi keutamaan kerajaan.
Berbeza dengan negara-negara jiran.
Semoga kita tidak menyesal di kemudian hari.
Not to leave out the anti-IR dye on the fabric and how to treat these uniforms!!!!!!
Post a Comment