Saya tergerak untuk menulis ini kerana merasa dukacita dengan apa yang nampaknya kelemahan pergerakan unit-unit perhubungan kerajaan untuk berhubung dengan rakyat jelata sehingga kelihatan organ-organ pembangkang pulak yang menggunakan taktik dan teknik mereka untuk mendekati mereka seperti yang tertera di bawah.
Apa sudah jadi? Bukankah zaman dulu hubungan akrab diantara mereka yang bertanggungjawab dalam kegiatan penerangan dan pihak keselamatan berjaya mematahkan ancaman-ancaman dari luar dan dalam negeri. Adakah pihak penerangan kerajaan sendiri sudah lupa akan tugas-tugas mereka seperti yang termaktub di bawah.
Peranan utama Jabatan pada era kemerdekaan boleh dirumuskan sebagai ;Sumber : Jabatan Penerangan
Berusaha untuk menyedia dan membiasakan pemikiran rakyat terhadap sesuatu motivasi melalui aktiviti-aktiviti komunikasi bersemuka dengan dibantu oleh media-media lain yang terdapat di Jabatan Penerangan. Berusaha agar hasrat kerajaan akan menjadi hasrat orang ramai tanpa mengira bangsa dan seterusnya dapat diterima, diamalkan dan diterap oleh masyarakat. Menjadi jambatan yang dapat menghubungkan rakyat dengan kerajaan dan di antara kerajaan dengan rakyat.
Perhalusi setiap satu darinya, adakah pihak-pihak yang bertanggungjawab pada pandangan anda berjaya melunaskan peranan-peranan itu di masa sekarang. Atau adakah mereka terlalu ghairah dengan dunia hiburan atau melepaskan peranan itu kepada media-massa pro-kerajaan dengan harapan lebih efektif, atau sebenarnya mereka sudah menjadi 'malas' dan hanya mahu goyang kaki dan tidak perlu dan mau turun padang seperti yang dilakukan penjawat-penjawat awam terdahulu?
Saya ingat lagi semasa kecil arwah ayah saya selalu membawa saya atau adik-beradik yang lain untuk mengambil penerbitan-penerbitan jabatan penerangan untuk mengetahui dasar-dasar dan maklumat terbaru dari kerajaan. Buku Hijau, Buku Kuning dan sebagainya menjadi sesuatu yang nyata dalam kehidupan kami sekeluarga, bukan satu omong-omongan. Ini kerana tertanam sikap untuk mengambil tau maklumat sebenar tentang suatu yang menyentuh secara lansung kehidupan kami, pentadbiran kerajaan. Dari situlah baru boleh bermulanya perjuangan sebenar, kerana arwah ayah saya tidak segan silu memberi pandangan samada baik atau buruknya melalui surat maklumbalas kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab jika dia merasakan perlu untuk perkara-perkara yang ditadbirkan.
Tidak perlu terpekik-melolong macam sekarang di jalanan kerana maklumbalas pentadbiran akan datang "in due course" cakap orang putih. Itulah tak tau samada orang yang memekik-melolong itu faham dan tau apa sebenarnya yang mereka perjuangkan sedangkan sumber maklumat begitu berleluasa dengan saluran-saluran media baru.
Tidak bermakna bagi pihak keselamatan berjuang berhabis-habisan mempertahankan negara jika kalah di medan maklumat. Ketahuilah peperangan menawan hati dan minda rakyat atau "hearts and minds war" yang dipelopori di negara ini sendiri adalah sesuatu yang benar dan nyata, dan kekalahannya adalah sesuatu yang nyata. Didalam zaman media meluas kini, fikir-fikirkanlah dan jalankan tanggungjawab anda sebaik-sebaiknya untuk kesejahteraan negara tercinta ini.
Jangan biarkan kata-kata kawan FB saya ini menjadi sesia saja :
Dokumenkan peristiwa ini dengan baik supaya 50
tahun lagi sejarah ini tidak diterbalikan a few them adalah penceroboh
dan kiram itu adalah hero sebenar.
Sumber : FB PakLang Hamzah